Anda di sini

4,000 warga Simunjan hadiri ceramah Ustaz Kazim

Advertisement

DEWAN Mesra Simunjan sesak dengan hampir 4,000 warga Simunjan dan dari kawasan berhampiran yang tidak mahu terlepas peluang menghadiri Ceramah Perdana Datuk Ustaz Mohammad Kazim Elias pada 20 Januari lalu.

Program keagamaan itu dianjurkan oleh Pejabat Ahli Parlimen P.200 Batang Sadong dengan kerjasama Pejabat Daerah Simunjan dan Majlis Daerah Simunjan.

Selain kehadiran orang awam daripada pelbagai lapisan usia, program murni itu turut dihadiri Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris.

Menurut Awla, beliau merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada Nancy kerana telah menganjurkan satu program keagamaan yang amat murni untuk penduduk di daerah Simunjan.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Ustaz Kazim atas kesudiannya mengadakan ceramah di Simunjan.

“Warga Simunjan bukan sahaja gembira dengan kehadiran Ustaz Kazim, malah bersyukur dan berterima kasih kepada YB Datuk Seri Nancy kerana sudi menganjurkan program yang amat murni ini.

“Saya juga diberitahu bahawa Ustaz Kazim terkejut kerana tidak menyangka program malam ini mampu menarik minat hampir 4,000 penduduk daripada pelbagai lapisan usia.

“Semoga kita semua mendapat taufik dan hidayah daripada apa yang telah disampaikan oleh Datuk Ustaz Kazim dalam ceramah beliau,” katanya.

Awla turut berharap program murni itu dapat diteruskan dari semasa ke semasa untuk manfaat penduduk Simunjan.

  • oleh
  • Advertisement