Anda di sini

‘Muslim Ban’ AS diperincikan

Advertisement

WASHINGTON: Kekeliruan berterusan kelmarin ketika larangan Muslim oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membabitkan tujuh negara Islam diperincikan.

Pegawai pentadbiran melaporkan 109 orang telah ditahan ketika mereka tiba di AS pada Sabtu, di mana 24 orang masih ditahan setakat pagi kelmarin.

Berikut senarai negara dan kumpulan orang yang terjejas oleh arahan Trump yang bertajuk ‘Melindungi Negara daripada Kemasukan Teroris Asing ke dalam AS’.

Arahan itu melarang kemasukan semua pelarian tanpa mengira negara untuk tempoh 120 hari.

Semua rakyat Syria tanpa mengira status dilarang masuk AS hingga notis lanjut.

Tiada visa akan dikeluarkan untuk tempoh 90 hari kepada pendatang ataupun pelawat dari Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman.

Arahan itu bagaimanapun tidak meliputi pemastautin tetap yang memegang kad hijau AS.

Tetapi Ketua Staf Rumah Putih Reince Priebus berkata, pemastautin tetap dari tujuh negara yang dinamakan akan berdepan kawalan sempadan dipertingkat.

Kesemua pemegang visa dari tujuh negara Islam itu tertakluk kepada arahan baharu tersebut kecuali pemegang visa diplomatik atau institusi antarabangsa seperti NATO atau PBB.

Setakat ini, pemegang pasport dwikerakyatan dengan salah satu daripada tujuh negara itu juga tidak dibenarkan masuk. — AFP

Advertisement