Anda di sini

Tentera Filipina bunuh 15 militan

Advertisement

MANILA: Tentera Filipina membunuh 15 militan dan menyebabkan ketua mereka cedera parah, dipercayai wakil Islamic State (IS) di negara itu, susulan serangan udara dan artileri di wilayah selatan, menurut pegawai kanan tentera semalam.

 Isnilon Hapilon, juga dikenali sebagai Abu Abdullah dan ketua kumpulan militan tempatan Abu Sayyaf , mungkin mati ke r ana dia memerlukan rawatan perubatan segera akibat kecederaan parah, kata ketua tentera Jeneral Eduardo Ano kepada wartawan, memetik laporan perisikan dan pintasan komunikasi.

 “Dia perlukan transfusi darah dan tanpa rawatan perubatan sewajarnya, dia pasti mati,” kata Ano.

 Tentera Filipina pada Khamis lalu bertindak menggugurkan bom dan membedi l keduduka n pemberontak di pergunungan Lanao del Sur dalam cubaan menghapuskan Hapilon.

 Wilayah itu kubu kuat kumpulan pemberontak Maute yang juga telah menjanjikan taat setia kepada IS.

 Hapilon dalam senarai orang paling dikehendaki Biro Siasatan Persekutuan (FBI) ekoran peranannya dalam penculikan 17 warga tempatan dan tiga warga Amerika pada 2001, di mana ganjaran AS $5 juta atas kematiannya.

 Antara yang terbunuh ialah seorang warga Indonesia tetapi Ano menyatakan mereka masih menyiasat latar belakang warga asing itu.

 Hapilon bersama dua lagi warga asing yang mana kerakyatan mereka tidak diketahui, tambahnya.

 Presiden Rodrigo Duterte pada Jumaat telah merayu kepada kumpulan pemisah untuk menafikan perlindungan kepada militan yang ada kaitan dengan IS, lantas memberi amaran perang akan tercetus sekali gus membahayakan orang awam.

 Sehari sebelum itu, menteri pertahanan berkata laporan perisikan menunjukkan Hapilon menerima arahan daripada IS untuk meluaskan oeprasi di Filipina. — AFP

Advertisement