Anda di sini

Dapatkan Wanfa Snek Ikan dan My Fish Chip pada harga istimewa

Advertisement

// Oleh Florence Nervyn //

 Sia (dua kanan) bersama Chieng (dua kiri), Chew (kanan) menunjukkan produk snek ikan Wanfa.

PRODUK TERBAIK: Sia (dua kanan) bersama Chieng (dua kiri), Chew (kanan) menunjukkan produk snek ikan Wanfa.

SIBU: Kinetic Food Processing Sdn Bhd menawarkan promosi harga istimewa produk snek ikan Wanfa sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Pemangku Pengurus Pemasaran, Sia Puon Ek berkata, promosi harga ditawarkan untuk produk Wanfa Snek Ikan dan My Fish Chip.

“Orang ramai boleh dapatkan promosi harga snek ikan Wanfa di pasar raya berhampiran,” jelasnya ketika ditemui pemberita semalam.

Sia memberitahu, Kinetic Food Processing Sdn Bhd telah melancarkan produk snek ikan Wanfa yang pertama pada tahun 2004.

“Bermula dengan pasaran di Sibu, produk snek ikan Wanfa kini dipasarkan di Kuching, Miri, Bintulu dan seluruh kawasan Sarawak dan Sabah.

“Manakala, pasaran di Semenanjung Malaysia mula dilakukan pada 2007,” katanya sambil menambah produk snek Wanfa sentiasa mendapat sambutan baik dalam kalangan pengguna.

Ujarnya, produk snek ikan Wanfa mendapat pengiktirafan sijil pengesahan Halal, MS 1480:1999 HACCP Certified, ISO 22000:2005 Certified dan pengiktirafan MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Snek ikan perisa asli adalah produk pertama snek ikan Wanfa yang dikeluarkan di pasaran sebelum kita memperkenalkan perisa pedas pada tahun 2012. Snek ikan ini boleh didapati dalam 280 gram, 120 gram, 50 gram, 12 gram dan 10 gram.

“Manakala, My Fish Chip boleh didapati dalam 188 gram, 60 gram dan 8 gram,” jelasnya.

Hadir sama ialah juruteknologi makanan Kinetic Food Processing Sdn Bhd Chieng Ngiik Hua dan penyelia kanan Chew Kee Soon.

Advertisement