Anda di sini

Archives Asia tempat selamat untuk barangan berharga

Advertisement

Oleh Siti Aisyah Ramli//

 Archives Asia terletak di RJ Business Hub.

LOKASI: Archives Asia terletak di RJ Business Hub.

KUCHING: Anda mencari tempat selamat untuk menyimpan barangan berharga selain institusi kewangan atau perbankan? Archives Asia adalah jawapannya.

Terletak di Kota Samarahan, Archives Asia Sdn Bhd menawarkan sistem bilik kebal ‘state-of-the-art’ yang direka khusus untuk keselamatan bertaraf tinggi dan kemudahan penyimpanan selamat.

Ia juga merupakan syarikat pertama dan satu-satunya syarikat yang menawarkan perkhidmatan penyewaan peti kebal yang selamat di daerah Samarahan.

Archives Asia juga menyediakan ciri-ciri mencegah kebakaran dan dari sebarang serangan jenayah.

Selain itu, sistem penggera dan kamera litar tertutup (CCTV) yang dipantau pegawai keselamatan berpengalaman luas 24 jam juga turut disediakan.

Kemudahan tersebut dikelilingi pagar besi selain dinding konkrit menepati piawaian antarabangsa bagi meningkatkan ciri-ciri perlindungan antarabangsa.

Bilik kebal itu juga dilengkapi sistem pengudaraan tahan lembap bagi memastikan molekul air dan lembap bagi mencegah kerosakan barangan berharga milik pelanggan.

Bagi tujuan akses ke bilik kebal itu, pelanggan perlu melalui proses pengesahan termasuk sistem pengesanan cap jari Biometrik yang direka khusus, pengesahan gambar serta tandatangan milik pelanggan (pasport atau MyKad) juga diperlukan.

Archives Asia juga menggunakan sistem dwikunci dan kedua-dua kunci itu mesti digunakan serentak untuk akses keselamatan peti kebal.

Bagi menambahkan rasa selamat lagi, setiap peti kebal itu juga diinsuranskan.

Maklumat pelanggan juga menjadi keutamaan syarikat, justeru, pelanggan tidak perlu khuatir seandainya maklumat diri mereka bocor.

Peti kebal itu mempunyai tiga saiz berbeza, iaitu kecil (3”x10”X24”), sederhana (5”X10X24”) dan besar (10”X10”X24”). Sewa adalah berdasarkan bayaran bulanan ataupun tahunan.

Archives Asia terletak di No. 8, RJ Business Hub, Kuching-Samarahan Expressway dan waktu operasi adalah dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang (Isnin hingga Jumaat), jam 10 pagi hingga 2 petang (Sabtu) dan tutup pada Ahad dan cuti umum.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 082-505011 atau layari laman sesawang di pautan: www.archivesasia.com.

Advertisement