Anda di sini

Jerayawara Kediaman dan Hartanah dari 3 hingga 5 Mac

Advertisement
 Lau (dua kanan) serta (dari kanan) Barapui, Tan dan Sim merakam kenangan selepas sidang media mengenai Jerayawara Kediaman dan Hartanah SHEDA Kuching yang pertama tahun ini.

UNTUK ALBUM: Lau (dua kanan) serta (dari kanan) Barapui, Tan dan Sim merakam kenangan selepas sidang media mengenai Jerayawara Kediaman dan Hartanah SHEDA Kuching yang pertama tahun ini.

SHEDA pelawa sesiapa berminat tempah ruang pameran

KUCHING: Jerayawara Kediaman dan Hartanah 2017 anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) Kuching kini kembali diadakan di Pusat Beli-Belah Boulevard, di sini.

Acara yang akan diadakan dari 3 hingga 5 Mac dari jam 10 pagi hingga 9 malam itu adalah merupakan yang pertama daripada beberapa siri jerayawara yang akan diadakan cawangan itu pada tahun ini bagi faedah ahli-ahli serta pembeli di Sarawak.

Menurut pengerusi penganjur Jerayawara Kediaman dan Hartanah Pertama SHEDA Kuching, Peter Lau Hui Han, acara itu telah menarik minat pemaju-pemaju, ejen hartanah dan perdagangan berkaitan bangunan dari Sarawak, Semenanjung Malaysia dan luar negara.

Beliau mempelawa sesiapa berminat untuk tampil menempah ruang pameran bagi mempamerkan projek-projek terbaharu serta yang sedang dijalankan.

Peluang mempamerkan produk serta perkhidmatan turut dibuka kepada pemain industri lain yang berkaitan.

“Jerayawara ini merupakan peluang-peluang awal dalam Tahun Ayam bagi para pemaju untuk mempromosikan projek-projek dan penjenamaan,” katanya pada sidang media, baru-baru ini.

Hadir sama, Bendahari SHEDA Kuching Dr Richard Tan, Ahli Jawatankuasa SHEDA Kuching Barapui Balangalibun dan Penasihat SHEDA Kuching Sim Kiang Chiok.

Lau berkata, jerayawara pertama SHEDA Kuching itu juga merupakan pusat sehenti bagi para pembeli dan pelabur yang mencari tawaran terbaik bagi hartanah serta produk serta perkhidmatan berkaitan.

Menurutnya, Bank Negara Malaysia cawangan Kuching juga akan turut serta dalam acara itu bagi menyediakan maklumat mengenai kredit peribadi menerusi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), nasihat perbankan dan pengurusan kewangan melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Pelbagai aktiviti menarik turut disusun pada acara tersebut termasuk pameran dua jenama automobil, Honda dan Mitsubishi, di mana masingmasing akan mempamerkan model kereta terbaharu serta promosi.

Jerayawara selama tiga hari itu akan turut menyaksikan kempen derma darah diadakan pada hari terakhir, iaitu pada Ahad dari jam 10 pagi hingga 2 petang.

“Beberapa ruang pameran di lokasi strategik masih boleh didapati buat masa sekarang dan sesiapa berminat boleh menghubungi Sekretariat SHEDA Kuching untuk membuat tempahan,” katanya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pejabat Sekretariat SHEDA Kuching di talian 082-366334 atau Angelina Chai (019-8162191) atau e-mel kepada angelina.admin. [email protected].

my dan bagi mengetahui maklumat terkini, ikuti laman Facebook @ shedakuching.

 

Advertisement