Anda di sini

OPPO Malaysia lancar model terbaharu OPPO R9s

Advertisement

 Jurulatih OPPO Tan Kit Wei (kanan) ditemani Esekutif Media OPPO Kathryn Yeo (tiga kiri) dan kakitangan OPPO lain memperkenalkan OPPO R9s.

LEBIH MENARIK: Jurulatih OPPO Tan Kit Wei (kanan) ditemani Esekutif Media OPPO Kathryn Yeo (tiga kiri) dan kakitangan OPPO lain memperkenalkan OPPO R9s.

KUCHING: OPPO Malaysia baru-baru ini melancarkan model terbaharu yang menonjolkan kamera fokus OPPO R9s.

Dikuasakan dengan kamera belakang 16MP, f/1.7 dengan teknologi fokus dwi-PDAF, pakar telefon kamera OPPO kini memperkenalkan sebuah kamera pintar yang dilengkapi dengan kamera belakang berteknologi tinggi, membolehkan pengguna untuk merakam gambar yang jelas bila-bila masa, di mana sahaja.

Kini, dengan R9s, penggemar kamera boleh merakam gambar berkualiti profesional dengan mudah.

Selain itu, OPPO Malaysia juga memperkenalkan bintang Korea Lee Min-ho sebagai duta rasmi R9s dan tambahan ahli skuad selebriti R9s seperti Fattah Amin, Ayda Jebat dan Min Chen.

OPPO yang tidak asing kepada dunia telefon kamera inovatif, dahulu memperkenalkan telefon pintar N3 yang menggunakan teknologi kamera berpusing yang berkebolehan mengesan objek bergerak, bersama kanta yang disahkan oleh Schneider Kreuznach.

Selain itu, F1s mendapat maklum balas positif dan jualan yang luar biasa.

Kali ini, OPPO memutuskan untuk memperkenalkan peningkatan yang besar untuk kamera belakang 16MP R9s, membolehkan pengguna untuk merakam objek yang bergerak dengan jelas.

“Oleh kerana tahun ini merupakan tahun fotografi mudah alih, kami di OPPO Malaysia ingin memberikan pengguna sebuah telefon pintar kamera yang mampu mengambil gambar yang lebih jelas dan terang.

Dengan R9s, kini, lebih jelas,” kata Pengarah Jenama OPPO Malaysia Chen Lu.

Sensor IMX 398 Terbaharu dan Teknologi Dwi- PDAF Tahun lepas, OPPO F1s melakar kejayaan membanggakan, terima kasih kepada kehebatan keupayaan tersendiri ‘selfie-snapping’.

Peranti ini dilengkapi dengan kamera hadapan 16 MP, dan dipadankan dengan aperture besar f/2.0 dan teknologi Screen Flash OPPO yang menghasilkan gambar waktu malam yang mengagumkan.

R9s yang terbaharu menampilkan kebijaksanaan ciri kamera hadapan dan dilengkapi dengan pengalaman fotografi belakang yang mendahului teknologi sebelumnya.

Pada bahagian tengah kamera belakang hebat R9s adalah sensor terbaharu IMX 398 Sony, sensor 1/2.8 inci yang disesuaikan dan dibangunkan bersama oleh Sony dan OPPO.

Gandingan sensor ini dan apertur f/1.7 ekstra-lebar yang memerangkap 40% lebih cahaya berbanding generasi sebelumnya, kamera belakang R9s menawarkan kelajuan pemfokusan yang fenomena, mengurang kanbising dan prestasi cahaya- rendah, membolehkan pengguna merakam imej yang cukup jelas dan cantik dalam beberapa saat saja.

Jelas dan Menarik Kamera R9s menggunakan teknologi Dwi-PDAF, satu peningkatan generasi akan datang dari penyelesaian standard PDAF.

Generasi pertama PDAF hanya mempunyai setengah pixel untuk memfokus, sebaliknya Dwi-PDAF meningkatkan sehingga 100% pelbagai kawasan piksel sensor yang dilengkapi dengan foto diod khas yang diperlukan untuk fasa pengesanan auto fokus, membolehkan pemfokusan sepantas kilat, walaupun dalam cahaya rendah dan menghasilkan imej yang sangat jelas.

Garisan antena ultrahalus ‘enamtali’ yang menarik R9s memperkenalkan sisi bergaya dan inovatif pada garisan belakang antena yang digunakan untuk memastikan isyarat yang kuat.

Gelung putih tebal yang merentasi belakang kebanyakan telefon telah digantikan dengan dua set tiga garisan ultra-halus.

Walaupun garisan-garisan ini berukuranhanya 0.3mm, reka bentuk ‘enamtali’ itu berjaya menghiasi R9s dengan kecanggihan, sekali gus membangkitkan garis elegan instrumen bertali.

Wajah baharu ini turut ditambah dengan prestasi yang lebih kukuh berbanding sebelum ini – peranti itu di perlengkapkan untuk beroperasi pada enam julat frekuensi, serta dinamik untuk memilih isyarat 4G dan Wi-Fi yang terbaik.

Reka bentuk terbaharu itu menampilkan badan R9s yang disaluti 98.9% logam, dengan nisbah skrin ke badan sebanyak 72.9%, menjadikan visualnya kelihatan halus dan berbeza, dengan penerimaan isyarat yang hebat.

Berkuas,  prestasi yang berpanjangan Telefon pintar R9s dikuasakan dengan pemproses Qualcomm OCTA-core, 4GB RAM dan 64GB ROM, dan dilancarkan lagi oleh ColorOS 3.0 (berdasarkan Android 6.0).

Dengan keupayaan penyimpanan pintar, 64 GB yang boleh ditambah sehingga 128 GB, bagi memastikan pengguna akan mempunyai banyak ruang untuk menyimpan gambar-gambar jelas mereka.

Sementara itu, pembaca cap jari R9s memberikan pengguna akses sentuhan 0.2s yang sangat pantas, dan bijak menapis imej cap jari pengguna dari semasa ke semasa.

R9s turut disokong oleh bateri 3,010 mAh dan teknologi peneraju industri OPPO, pengecasan pantas VOOC, untuk kelancaran pengecasan bervoltan rendah, supaya bahagian dalaman telefon anda tidak akan terbeban dengan haba yang berlebihan.

Dengan reka bentuk yang menarik perhatian, prestasi yang unggul dan pengalaman fotografi serba boleh yang menakjubkan, R9s kini siap untuk membolehkan pengguna merakam kehidupan mereka dengan penuh gaya.

“Pasaran Malaysia kini berkembang dengan pesat dan kita perlu memastikan kami sentiasa berada di hadapan.

Oleh itu, kami telah memastikan bahawa kesemua ciri-ciri R9s akan memenuhi keperluan setiap pengguna.

“Pengguna juga boleh menikmati hayat bateri yang lebih lama, yang secara tidak langsung menjanjikan pengalaman fotografi premium yang menyeluruh,” kata Pengurus Produk OPPO Malaysia Ken Ng.

OPPO R9s kini boleh didapati pada harga RM1,798.

Selain itu, peminat juga boleh menikmati iklan rasmi R9s yang dibintangi duta R9s iaitu Lee Min-ho dan Min Chen di sini: https:// www.youtube.com/ watch?v=am3SSNT2Bdw.

 

Advertisement