Anda di sini

Pasar Raya Servay tawar pelbagai produk untuk Tahun Baharu Cina

Advertisement

 Snek dan pelbagai makanan dibungkus untuk musim perayaan ini.

SEGALANYA DI SINI: Snek dan pelbagai makanan dibungkus untuk musim perayaan ini.

MIRI: Setiap tahun apabila Tahun Baharu Cina menjelang tiba, terutamanya bagi masyarakat Tionghua, pasti teruja untuk membeli-belah untuk melengkapkan keperluan perayaan, sama ada makanan mahupun pakaian atau perhiasan rumah.

Sehubungan itu, Pasar Raya Servay yang terletak di Pusat Komersil Pelita sini kini menganjurkan promosi sempena musim perayaan ini dengan harga berpatutan serta diskaun-diskaun hebat ditawarkan untuk semua orang membeli-belah.

Adalah menjadi tradisi buah-buahan segar seperti ‘lukam’ atau limau mandarin bagi setiap isi rumah. Para pelanggan yang membeli tiga kotak 4 kg ini ke atas boleh mendapatkan diskaun 50 sen (untuk kotak ketiga dan ke atas).

Bagi mereka membeli kotak 8 kg, diskaun tambahan sebanyak RM1 akan diberikan untuk pembelian kotak ketiga dan ke atas.

Para pelanggan juga boleh pelbagaikan juadah untuk dihidangkan kepada tetamu seperti biskut, kek-kek kecil, gula-gula dan snek yang dijual pada harga berpatutan.

Terdapat juga makanan tradisional untuk sambutan Tahun Baharu Cina iaitu itik kering dan sosej Cina.

Selain itu, hamper perayaan kini dijual dengan harga serendah RM50 hingga ke RM2000, para pelanggan yang membeli hamper ini akan diberi baucar beli-belah Servay secara percuma.

Umpamanya, pelanggan yang membeli hamper RM200 akan menerima baucar bernilai RM10 dan pelanggan yang membeli hamper RM2000 akan diberikan baucar bernilai RM150.

Di samping itu, para pelanggan juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat dalam cabutan bertuah ulang tahun Servay ke-26, di mana sejumlah hadiah bernilai RM500,000 bakal dimenangi. Ini termasuklah hadiah utama berupa sebuah kereta Honda HR-V dan 2000 keping baucar bernilai RM200 setiap satu.

Pada tingkat pertama dan kedua pasar raya tersebut, para pelanggan boleh mendapatkan pelbagai pakaian untuk lelaki, wanita mahupun kanak-kanak di mana diskaun sehingga 70 peratus ditawarkan.

Selain daripada pakaian, para pelanggan juga boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan rumah, peralatan elektrik, alat tulis, mainan kanak-kanak dan barang-barang perhiasan di tingkat tiga pasar yang dijual pada harga yang berpatutan.

 

Advertisement