Anda di sini

Ibu bapa disaran galak anak aktif sukan

Advertisement

TAWAU: Ibu bapa disaran agar menggalakkan anak-anak supaya aktif bersukan dalam melahirkan generasi muda yang cergas, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata masyarakat yang sihat, cergas dan berdisiplin akan menyumbang kepada prestasi dan peningkatan produktiviti diri dan negara.

“Dengan mengamalkan gaya hidup sihat sejak muda seperti melakukan senaman dapat menambah kekuatan tulang dan seterusnya dapat mencegah daripada berlakunya penyakit osteoporosis,” katanya ketika berucap merasmikan program ‘Osteoporosis Fun Run 2017’ di sini, semalam.

Dalam pada itu, katanya program larian yang diadakan itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit osteoporosis iaitu kerapuhan pada tulang yang biasanya dialami ketika umur meningkat.

“Bagi mengurangkan potensi mendapat penyakit ini, digalakkan agar bersukan sejak usia muda,” katanya lagi.  — Bernama

Advertisement