Anda di sini

‘Friends of kpdnkk’ saluran pengguna buat aduan

Advertisement

BELURAN: Program FOK atau ‘Friends of KPDNKK’ (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dapat mewujudkan saluran pengguna untuk membuat aduan kepada badan penguat kuasa bagi mengatasi masalah berkaitan kepenggunaan.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata program itu memberi ruang yang lebih dekat antara pengguna dan badan penguat kuasa mengatasi masalah bersama agar segala permasalahan dalam bidang kepenggunaan dapat diatasi bersama.

“Banyak program yang diolah dan dilaksanakan oleh kerajaan melalui KPDNKK untuk memastikan hak pengguna di negara ini terjamin,” katanya ketika melancarkan Pendaftaran FOK Parlimen Beluran di Kampung Gana Jati, di sini kelmarin.

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata penyertaan sebagai ahli FOK dilihat wajar memandangkan banyak penyebaran maklumat tidak benar berhubung hal ehwal kepenggunaan sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna.

Katanya FOK bukan sahaja bertindak sebagai pemantau harga barangan, malah berperanan untuk memberi pandangan dan cadangan berhubung rangkaian kedai yang menawarkan perkhidmatan terbaik serta harga berpatutan untuk dijadikan rujukan rakyat.

Menurutnya sukarelawan FOK juga menjadi ‘barisan pertama’ untuk menyampaikan maklumat kepenggunaan kepada orang ramai kerana mereka diberi keutamaan dalam apa sahaja program kementerian.

Katanya ahli FOK menjadi mata dan telinga KPDNKK terutama me­ngenai isu harga barang dan melaporkan trend harga di kawasan setempat, mengumpul dan menyebarkan maklumat mengenai isu-isu serta masalah kepenggunaan, membantu KPDNKK dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti kepenggunaan serta memberi panduan.

Beliau berkata ahli FOK juga membantu ahli masyarakat untuk membuat adu­an berkaitan kepenggunaan kepada pihak kementerian.

 

 

Advertisement