Anda di sini

Yung Kong promosi dua jenama perkakasan sempena TBC

Advertisement
 Antara perkakasan yang ditawarkan dalam promosi jualan sempena Tahun Baharu Cina, di Yung Kong Batu 4 1/2.

TAWARAN HEBAT: Antara perkakasan yang ditawarkan dalam promosi jualan sempena Tahun
Baharu Cina, di Yung Kong Batu 4 1/2.

KUCHING: Bersempena perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) tidak lama lagi, Yung Kong Co Berhad menganjur promosi untuk dua jenama barangan perkakasannya, iaitu ‘Bosch and Skil Power’.

Promosi itu diadakan di cawangannya di Batu 4 1/2 bermula 3 Januari hingga 8 Januari ini.

Selari dengan promosi istimewa itu, pada hari terakhir promosi yang jatuh pada hari Ahad itu akan menyaksikan cawangan dibuka sehingga jam 5 petang.

Antara yang ditawarkan pada promosi itu ialah pelbagai perkakasan pembersihan, penjana gasolin, kelengkapan kimpalan dan mesin pemotong berkuasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Yung Kong, sila hubungi ‘hotline’ di talian 082-455271.

 

Advertisement