Anda di sini

RedONE bangga jadi penaja rasmi pasukan Serdang BC dan Bangsar Hawk BC

Advertisement

Oleh Adriana Mroon Ambrose//

b17010611KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi RedONE (RedONE) semalam telah mengumumkan akan menjadi penaja rasmi bagi pasukan Serdang BC dan Bangsar Hawk BC untuk mengharungi saingan badminton SS Purple League.

Ketua Pegawai Eksekutif RedONE, Ameen Amaen dran Abdullah, berkata,sukan badminton amatlah diminati rakyat tempatan dari semua lapisan masyarakat.

Oleh itu, kami amat berbangga menjadi penaja dua kelab badminton ini yang dilihat mampu menjadi juara pada masa depan.

“Selain itu, pihak kami juga berharap agar usaha kami ini akan memupuk penyertaan yang sama dari dunia korporat untuk meningkatkan lagi kecermerlangan di dalam dunia sukan,” katanya.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran RedONE Malaysia, Ben Teh pula, di samping menjadi penaja utama kedua-dua kelab, RedONE turut membawa dalam Eagle- i sebagai penaja sekunder Bangsar Hawks SM, dalam usaha untuk menggalakkan badminton ke tahap yang lebih besar.

“Dalam tajaan ini, jurulatih dan pemain daripada kedua-dua kelab boleh mendapat kemudahan latihan yang lebih baik dan lain-lain bentuk sokongan pada masa depan,” jelasnya.

Untuk keterangan lanjut mengenai RedONE anda boleh melayari laman web www.redone.com.my.

 

Advertisement