Anda di sini

Eratkan Jalinan Keluarga Bersama F&N

Advertisement

F&N ingin beri ganjaran kepada pengguna melalui Peraduan Pandu Pulang MPV F&N

KUALA LUMPUR: Ingin memikat hati yang tersayang? Rahsianya, keenakan masakan istimewa hasil air tangan yang tercinta.

Sebagai jenama susu pekat manis dan susu sejat terkenal di kalangan pengguna, F&N meneruskan komitmennya untuk menghasilkan produk berkualiti supaya pengguna boleh menyediakan hidangan lazat dengan yang terbaik untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.

Segelas teh tarik bertambah enak penuh berkrim dan berbuih apabila disediakan dengan Susu Pekat Manis F&N. Manakala Susu Sejat F&N menjadikan air bandung dan kari kegemaran anda lebih lemak berkrim. Ini menunjukkan  Susu Pekat Manis dan Susu Sejat F&N adalah serba guna di mana anda boleh menggunakannya untuk selera kampung dan resipi moden mengikut kreativiti dan cita rasa seisi keluarga.

Selebriti/usahawan dan duta F&N, Fizo Omar dan Mawar, juga yakin dengan kualiti dan versatiliti Susu Pekat Manis dan Susu Sejat F&N. Setelah mencuba, Fizo dan Mawar mula menggunakan produk F&N untuk menyediakan juadah-juadah di restoran mereka – FIZOMAWAR Kitchen, dan juga di rumah untuk hidangan bersama keluarga. Yang pastinya mereka memberikan yang terbaik untuk pelanggan dan keluarga tersayang.

Sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan yang sedia terjalin, F&N ingin memberi ganjaran kepada pengguna setia melalui Peraduan Pandu Pulang MPV F&N. Anda kini berpeluang membawa pulang sebuah Nissan Grand Livina sebagai hadiah utama dengan menyertai peraduan ini bermula dari 1 November 2016 hingga 31 Januari 2017 ini.

Selain itu, terdapat juga Hadiah Istimewa berupa 12 buah Motosikal Yamaha Y15ZR dan Hadiah Mingguan iaitu Kad Petrol PETRONAS bernilai RM100 kepada 50 pemenang bertuah setiap minggu selama 12 minggu untuk dimenangi.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua dengan langkah-langkah yang mudah. Hanya beli dua (2) Susu Pekat Manis atau Susu Sejat F&N, lengkapkan borang penyertaan yang boleh didapati di pasar raya, di belakang label atau muat turun daripada laman web F&N di www.fn.com.my. Kemudian, hantarkan kedua-dua label bersama borang penyertaan ke alamat Peraduan Pandu Pulang MPV F&N, Peti Surat 3032, 47509 Subang Jaya, Selangor. Jangan lepaskan peluang keemasan menjadi pemenang bertuah untuk memenangi hadiah-hadiah menarik yang pasti membawa detik teristimewa bersama keluarga tersayang.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, sila layari www.fn.com.my.

Advertisement