Anda di sini

Bursa Malaysia dalam aliran turun

Advertisement

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dalam arah aliran menurun hari ini apabila hingga jam 10.30 pagi, ada sebanyak 634 kaunter rugi berbanding 81 untung dan 479 kaunter tidak berubah.

Penanda aras pasaran, FBM KLCI pada 1,791.19, turun 29.70 mata, FBM ACE susut 148.45 mata kepada 6,171.30 manakala FBM Emas susut 215.54 mata kepada 12,323.56 mata.

Jumlah dagangan sebanyak 845.230 juta saham bernilai RM533.644 juta.

Pada pembukaan dagangan hari ini, FBM KLCI dibuka susut 9.34 mata pada 1,820.57 manakala FBM Emas dibuka rendah 2.88 mata kepada 12,536.22 mata. – BERNAMA

 

Advertisement