Anda di sini

Pertumbuhan KDNK Sarawak dijangka stabil 4-4.5%

Advertisement

Ekonomi Malaysia dipercayai masih berdaya saing walaupun terdapat banyak cabaran dari luar: Sim

// Oleh Henrietta Liza //

KUCHING: Pertumbuhan ekonomi bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri dijangka stabil d iantara 4 hingga 4.5 peratus bagi 2017 berbanding 4 hingga 5 peratus bagi tahun 2016.

Demikian kata Penasihat Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA), Sim Kiang Chiok kerana percaya ekonomi Malaysia masih lagi berdaya saing walaupun terdapat banyak cabaran dari luar.

Mengulas lanjut ekonomi pada tahun lepas tambahnya banyak menyaksikan keadaan ekonomi global bercampur-baur dan agak mencabar bagi negeri Sarawak.

Tambahan lagi, pertumbuhan ekonomi Eropah juga menampakkkan kelembapan, di negara China perlahan, dan ketidaktentuan pertukaran kuasa kepimpinan politik di Amerika Syarikat antara faktor kepada harga rendah untuk nilai harga petroleum dan komoditi lain.

Di Sarawak juga, kita boleh menjangkakan bahawa prospek ekonomi adalah sama dengan ramalan negara yang baik kerana ia menyokong keseluruhan pertumbuhan.

Dalam hartanah, prospek pemaju swasta di Sarawak adalah mencabar berikutan faktor seperti kekurangan sokongan daripada institusi kewangan, dasar dan program kerajaan.

Rekod NAPIC menunjukkan transaksi hartanah dan nilai telah menurun sehingga suku ketiga 2016 dan pelancaran pembangunan baharu juga telah menurun di Sarawak.

Dalam industri hartanah, cabaran paling getir oleh pihak pemaju swasta adalah disebabkan oleh institusi kewangan disebabkan oleh garis panduan pinjaman yang ketat.

Pemberian pinjaman tegasnya berdasarkan kepada pendapatan bersih peminjam kini lebih ketat dan tiada unjuran ke atas pendapatan masa depan dibenarkan untuk dipertimbangkan dalam garis panduan pemberian pinjaman tersebut, katanya.

Pinjaman untuk hartanah boleh dianggap sebagai simpanan aset dan bukannya perbelanjaan, ini adalah semata-mata kerana di Malaysia dengan perlindungan yang sedia ada dan harganya tidak menyusut seperti mesin dan barangan pakai buang yang lain.

Bank perlu mengambil kira pinjaman bayaran balik berperingkat di mana sebagai contoh satu hingga lima tahun pembayaran balik adalah bayaran pada kadar yang rendah dan seterusnya adalah dalam skala menaik.

“Pihak perbankan seharusnya mempertimbangkan lagi tempoh pembayaran balik atau melanjutkan dua generasi pinjaman kepada pinjaman perumahan bagi mereka yang berkeluarga.

“Kami berharap bank akan mengambil perhatian ke bawah perlahan dan akan menyesuaikan garis panduan pinjaman mereka supaya industri hartanah boleh berkembang dan menyumbang kepada ekonomi dan kemakmuran negara,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada masa yang sama dasar kerajaan untuk membina rumah mampu milik melalui Lembaga Persekutuan seperti PR1MA, Jabatan Perumahan Negara (JPN), akan meningkatkan unit rumah berharga di bawah RM400,000.

Dengan itu ia juga merupakan salah satu faktor penyebab kepada beberapa pertindihan unit rumah yang dibina oleh pemaju swasta dijual pada harga di antara RM300,000 hingga RM400, 000.

Pemaju perlu menyesuaikan strategi harga dan produk mereka melalui reka bentuk dan jenis rumah-rumah mereka membina, dan lokasi pelan pembangunan mereka itu, tegasnya.

Pemaju juga boleh mempertimbangkan untuk mengambil peranan kontraktor kepada agensi-agensi kerajaan atau pihak berkuasa yang sedang membina rumah mampu milik dan awam.

Di dalam perkembangan positif yang lain kerajaan negeri telah mengubah garis panduan perancangan hartanah kediaman dari 8 unit seekar  kepada 10 unit seekar.

Jumlah strata hak milik pula daripada 24 unit kepada 30 unit setiap ekar.

Tahun ini, pembeli rumah akan mempunyai lebih banyak pilihan rumah mampu milik daripada PR1MA dan untuk golongan berpendapatan tinggi mereka mempunyai pilihan rumah kos sederhana daripada pemaju swasta.

Kawasan popular di Kuching berada di Tabuan Jaya dan kawasan BDC walaupun Batu Kawa dan Matang merupakan kawasan perumahan yang popular.

Kota Samarahan juga semakin meningkat  kepopularitiannya sebagai Bandar Universiti dengan penduduk yang semakin meningkat.

Jenis rumah yang kian mendapat tempat di hati pembeli adalah jenis rumah teres dua tingkat berkembar.

Kediaman jenis pangsapuri juga kian popular di kalangan pembeli yang masih belum berkeluarga kerana kemampuan mereka.

Advertisement