Anda di sini

Tiga sekeluarga lemas ketika berkelah

Advertisement

KOTA KINABALU: Tiga beranak ditemui lemas ketika sedang berkelah di kawasan air terjun Kampung Tempios, Sungai Nunuk Ragang, di Ranau.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata tiga mangsa adalah Josep Jami, 44, dan dua anak perempuannya iaitu Esmerelbe Gene Josep, 20, dan Eheishia Gene Josep, 8.

Mayat kesemua mangsa ditemui orang awam di tempat kejadian.

Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.02 petang dan tiba di lokasi kejadian yang terletak 52 kilometer dari balai pada jam 3.05 petang.

“Operasi tamat pada jam 4.15 petang,” kata kenyataan itu. — Bernama

Advertisement