Anda di sini

Saranan neutral terhadap prospek sektor sarung tangan

Advertisement

Kerajaan lulus semakan tarif gas asli untuk sektor bukan tenaga

KUALA LUMPUR: Firma penyelidikan mengekalkan saranan neutral terhadap prospek sektor sarung tangan berikutan kelulusan kerajaan untuk melaksanakan semakan tarif gas asli untuk sektor bukan tenaga di Semenanjung Malaysia mulai 1 Jan 2017 sehingga 31 Dis 2019.

Menurut laporan, kadar yang diluluskan akan mengurangkan 2.74 peratus (RM26.71/MMBtu (satu juta Unit Termal British) daripada RM27.05/MMBtu) bagi tempoh Januari hingga Jun 2017.

Alliance DBS Research dalam nota penyelidikannya berkata pengurangan dalam tempoh Januari hingga Jun 2017 itu akan positif kepada pengeluar sarung tangan memandangkan kos akan berkurangan ormgf.

“Kami tidak begitu bimbang tentang semakan tarif gas ini kerana yakin pengeluar sarung tangan akan dapat mengurangkan kos.

“Bagi kenaikan akan datang, kami menjangka kesan terhadap pengeluar sarung tangan berkemungkinan minimum memandangkan terdapat pilihan menggunakan sumber alternatif (seperti biomas),” katanya.

Sementara itu, Public Investment Bank berpendapat pengumuman berkenaann positif bagi peserta industri sarung tangan memandangkan kos akan diurus dengan baik dengan perubahan kadar tarif bagi tiga tahun akan datang.

“Walaupun kenaikan setiap enam bulan, kadar itu akan membolehkan pengurusan kos yang disalurkan kepada pelanggan dengan lebih cekap.

“Bagaimanapun, kami melihat pengurangan dalam kadar tarif gas asli bagi Januari hingga Jun 2017 membantu dalam jangka pendek,” katanya dalam nota penyelidikan. — Bernama

Advertisement