Anda di sini

Chan Furniture rancang buka 100 cawangan

Advertisement

Syarikat penjualan perabot dan peralatan elektrik ini optimis dengan strategi lima tahun

// Oleh Patricia Gari //

 Staf Chan Furniture merakam kenangan selepas menamatkan Larian Amal Chan.

SIHAT: Staf Chan Furniture merakam kenangan selepas menamatkan Larian Amal Chan.

KUCHING: Skim Pinjaman Mudah Chan dipercayai yang pertama dipelopori dalam bidang perniagaan ketika ini bukan sahaja wujud di Sarawak, Sabah tetapi juga di Malaysia Barat.

Sebut sahaja mengenai peningkatan identiti korporat awal 2011 kepada konsep kedai rantaian, Chan Furniture kini mempunyai 74 cawangan iaitu 17 di Sabah, 10 di Sarawak, Johor (11), Selangor (10), Melaka (11), bahagian utara Semenanjung Malaysia (enam) dan negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia (sembilan).

Sebagai antara syarikat penjualan perabot serta peralatan elektrik pelbagai jenama, Chan Furniture mempunyai visi dan pilihan tunai serta pelan ansuran 24 bulan untuk pelanggannya di seluruh negara.

Seiring dengan perkembangannya, Chan Furniture mempunyai strategi lima tahun iaitu merancang membuka 100 cawangan di seluruh negara menjelang 2020.

Memperhebatkan lagi usaha mengatasi persaingan pasaran, Chan Furniture mendekati pelanggan menerusi Facebook, lori iklan, pengiklanan akhbar, pengedaran risalah berkala dan lain-lain.

Produk terkini Chan Furniture ialah siri-siri kabinet rumah, konsep perabot kombo, campuran dan bersesuaian dan banyak lagi jenama peralatan teknologi maklumat terkemuka bermula daripada telefon pintar hinggalah tablet.

Pelanggan boleh mendapatkan barangan di Chan Furniture menerusi Skim Bayaran Mudah dengan sifar faedah, kelulusan cepat, mudah dan kadar bayaran bulanan berpatutan.

Pelanggan hanya perlu mengisi borang permohonan disertakan salinan kad pengenalan, slip gaji dan bil-bil utiliti.

Berikutan peningkatan kos hidup hari ini, syarikat itu mempunyai piawaian skim sehingga 24 bulan untuk semua kawasan sebagai satu cara kemudahan kepada pelanggan.

Salah seorang pelanggan setia Skim Bayaran Mudah Chan, Aban Banati, 24, berkata, beliau memilih skim itu kerana ia mudah dan diluluskan serta-merta.

“Mudah dan lulus serta-merta, cuma perlukan slip gaji dan IC, sistem bayaran bulanan tak membebankan kerana pelanggan sendiri memilih barangan yang mereka mampu bayar,” katanya.

Jaidin Tamin, 22, yang sependapat dengan Aban berkata: “Pengurusan mudah dan cepat, kadar faedah berpatutan, penghantaran cepat, tidak payah penjamin. ‘Follow up’ daripada Chan Furniture bertanya keadaan barangan sama ada wujud masalah atau tidak, cukup memuaskan.”

Dalam perkembangan berkaitan Chan Furniture akan meneruskan program mengembangkan syarikat itu termasuk memperkenalkan pilihan kerjaya berasaskan ruang pameran yang berinspirasikan cita-cita Malaysia.

Antara jawatan menjadi pilihan ialah Pelatih Pengurus yang merupakan landasan untuk dilantik sebagai Pengurus Produk dan ketika ini Chan Furniture mempunyai kira-kira 1,100 tenaga kerja sepenuh masa daripada pelbagai hierarki dengan sebahagian besar daripada mereka telah berkhidmat lebih 10 tahun.

Syukor Skaka, yang telah berkhidmat dengan Chan Furniture selama 12 tahun, lima bulan berkata, persekitaran pekerjaan kondusif serta mesra pelanggan mendorongnya terus bekerja dengan syarikat itu.

Walaupun berdepan kesusahan dan peningkatan kos, Chan Furniture terus mematuhi keperluan undang-undang dan perundangan antarannya persaraan kakitangan termasuk pematuhan dasar gaji minimum ditetapkan kerajaan.

Namun pada masa sama ia berdepan cabaran mendapatkan kakitangan berkemahiran tinggi kerana wujudnya persaingan daripada pemain-pemain industri itu.

Syarikat itu juga terus percaya ketabahan, kekal positif, pengurusan masa dan perkhidmatan pelanggan yang baik akan memastikan syarikat terus memainkan peranan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (SCR) antaranya ‘1 Ringgit 1 Smile’.

Chan Furniture baharu sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke-30 dan ia merupakan titik permulaan untuk terus bekerja keras untuk menjadi syarikat perabot dan rantaian peruncitan barangan elektrik nombor satu di Malaysia.

“Dengan lebih banyak cawangan baharu yang dibuka, kami percaya usaha ini dapat merapatkan kadar pengangguran dalam kalangan penduduk tempatan.

“Misi kita ialah untuk membuka beberapa cawangan baharu setiap tahun dan pertumbunan besar ke atas keseluruhan perolehan jumlah jualan setiap tahun.

“Kami percaya formula sinergi terbaik ialah perkhidmatan pelanggan terbaik, sokongan pelanggan setia, harga berpatutan, julat produk yang luas, skim bayaran mudah dan tenaga kerja yang setia serta berdedikasi. Kami juga percaya, perjalanan (kami) baharu sahaja bermula.”

Advertisement