Anda di sini

Sibu muncul juara keseluruhan kejohanan pingpong Sarawak

Advertisement
 Pengerusi Persatuan Pingpong Sibu, Dr Clement Chen menerima trofi kejuaraan daripada Teo (tujuh kiri) sambil disaksikan Koordinator Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Thomas Chia (sembilan kiri), pegawai TTAS, jawatankuasa penganjur, pemain serta pegawai. — Gambar Chai Chang Yu

TROFI JUARA: Pengerusi Persatuan Pingpong Sibu, Dr Clement Chen menerima trofi kejuaraan daripada Teo (tujuh kiri) sambil disaksikan Koordinator Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Thomas Chia (sembilan kiri), pegawai TTAS, jawatankuasa penganjur, pemain serta pegawai. — Gambar Chai Chang Yu

KUCHING: Sibu muncul juara keseluruhan Kejohanan Pingpong Sarawak edisi ke- 56 yang diadakan di Dewan Alumni SJK Chung Hua No. 3 dari 19 hingga 24 Disember lalu.

Pasukan dari zon tengah itu merangkul tujuh daripada 25 pingat emas dipertaruhkan selain meraih tujuh perak dan tujuh gangsa pada kejohanan tahunan anjuran Persatuan Pingpong Sarawak (TTAS) dan dianjurkan Persatuan Pingpong Bahagian Samarahan.

Pasukan Kuching berpuas hati di tempat kedua selepas tewas dalam kutipan pingat secara keseluruhan meskipun memenangi jumlah emas sama dengan Sibu.

Emas Sibu hadir menerusi acara berpasukan wanita, berpasukan veteran lelaki, berpasukan veteran wanita, berpasukan wanita bawah 18 tahun, perseorangan wanita bawah 18 tahun, perseorangan veteran lelaki 55 tahun dan perseorangan wanita 40 tahun.

Betong yang membuat kemunculan sulung pada kejohanan tersebut turut cemerlang apabila memunggut lima emas, empat perak dan 10 gangsa untuk menduduki tempat ketiga.

Manakala Miri yang menggondol empat emas, lima perak dan sembilan gangsa di tempat keempat menewaskan Samarahan di tempat kelima dengan kutipan dua emas, empat perak dan tujuh gangsa.

Tempat keenam hingga ke-10 disandang Serian (dua perak, tiga gangsa), Bintulu (tiga gangsa), Sarikei (satu gangsa), Limbang (satu gangsa) dan Mukah (tiada pingat).

Presiden TTAS merangkap Naib Presiden Persatuan Pingpong Malaysia, Michael Teo menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Advertisement