Anda di sini

AXA Cancer Care raih RM52,000 untuk Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia

Advertisement

// Oleh Clare Cinderella //

 Clare (lima kiri) dan Viji Nair (empat kiri) juga dari NCSM, bersama-sama dengan                           Loke (enam kiri) menunjukkan kutipan yang berjaya diperolehi, berjumlah RM52,000.

BERJAYA: Clare (lima kiri) dan Viji Nair (empat kiri) juga dari NCSM, bersama-sama dengan Loke (enam kiri) menunjukkan kutipan yang berjaya diperolehi, berjumlah RM52,000.

SELEPAS melancarkan pelan perlindungan insurans kanser serba lengkap yang dinamakan AXA Cancer Care pada awal tahun ini, AXA AFFIN Life Insurance Berhad berganding bahu dengan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) berjaya meraih RM 52,000 bagi membiayai operasi Perkhidmatan Maklumat Kanser (CIS) NCSM.

CIS ialah bantuan khidmat talian yang membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan maklumat yang berasaskan bukti dan tepat di samping memberikan sokongan emosi kepada penghidap kanser.

Ia sejajar dengan misi AXA Cancer Care yang bukan sahaja menyediakan perlindungan kewangan, tetapi juga sokongan emosi dan mental.

“Kami gembira kerana lebih ramai orang terdedah dan dilengkapi dengan pengetahuan yang mencukupi tentang kanser dan seterusnya mendapatkan perlindungan terutamanya dalam golongan profesional muda,” demikian menurut (Ketua Pegawai Eksekutif AXA AFFIN Life Insurance, Loke Kah Meng, di majlis tersebut.

“AXA AFFIN telah memainkan peranan aktif untuk meningkatkan kefahaman terhadap risiko kanser dan menggalakkan orang ramai mengamalkan cara hidup sihat menerusi portal dalam talian Learn My Protection.

“Pada tahun ini, inisiatif #AXAStandsUpToCancer mengukuhkan lagi komitmen ini dan berikrar untuk menderma RM1 kepada NCSM bagi setiap episod kisah penuh inspirasi yang telah dikongsi oleh orang ramai,” tambahnya.

Kempen #AXAStandsUpToCancer telah berlangsung dari 1 Mac hingga 30 November 2016 menerusi laman web, www.110cancercare.com, bersama “AXA: An Awakening Series” sebagai nadi penggerak kempen tersebut.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden NCSM, Clare Ratnasingham, Pengurus Besar NCSM, Sudhaharan Nair, Ketua Pegawai Pemasaran AXA AFFIN Life Insurance, Emmanuel Wehry dan Pengarah, Beacon Health, Dr Adrian Seng.

“Bagi pihak Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada AXA AFFIN atas persahabatan yang dijalin dan sokongan yang diberikan selama ini, dan juga kerana menganjurkan program Cancer Care yang cemerlang,” jelas Clare.

Katanya, AXA AFFIN bukan sahaja berikrar untuk menyumbang dana dan bekerja keras untuk menjayakan projek tersebut, tetapi juga telah mengambil langkah selanjutnya dan menggalakkan orang awam di Malaysia untuk berkongsi kisah penuh inspirasi tentang kanser.

Daripada angka derma yang diterima, lebih 52,000 orang telah memainkan peranan, untuk belajar tentang kanser dan menerima dorongan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik, tambah Clare.

Advertisement