Anda di sini

Sukan memupuk, perkasa perpaduan masyarakat

Advertisement
 Syafiee (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang salah satu acara dipertandingkan pada pesta sukan di Daro semalam.

TAHNIAH: Syafiee (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang salah satu acara dipertandingkan
pada pesta sukan di Daro semalam.

MUKAH: Sukan merupakan salah satu medium paling berpengaruh kalangan masyarakat dan menyentuh pelbagai lapisan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata melaluinya ia dapat memupuk dan memperkasa perpaduan kalangan mereka.

“Semua lapisan rakyat dapat mengambil bahagian dalam 36 acara dipertandingkan daripada peringkat kanak-kanak hingga warga emas,” katanya pada Majlis Perasmian Sukan Perpaduan Telo di Stadium Mini Daro semalam.

Pesta sukan berlangsung dua hari iaitu bermula 26 Disember bakal berakhir hari ini menggabungkan tiga buah kampung iaintu Pangtray dan Lemang Pek.

Menurutnya, selain aktiviti sihat juga dapat melibatkan belia dalam penganjuran sesuatu program dan mengasah bakat mereka sekali gus dijadikan contoh kampung-kampung lain.

Dianggarkan hampir 800 orang peserta melibatkan diri secara langsung dalam 36 acara dipertandingkan.

Turut hadir Penghulu Yusuf Bakeri serta ketuaketua kaum dan pemimpin masyarakat.

Pada majlis sama, tiga Anugerah Ikon Belia dalam pelbagai bidang disampaikan iaitu kepada Muhaimi Sahari – mewakili Sarawak acara sepak takraw SUKMA 2016 dari Kampung Pangtray.

Sementara Nurul Iliyana Mahmud, olahragawati dari Kampung Tengah dan Yaib Suhaili, olahragawan dari Kampung Lemang Pek.

 

Advertisement