Anda di sini

Josefa, si buta berhati emas

Advertisement

KUALA LUMPUR: Buta tidak pernah menghalang Reena Josefa, 45, daripada melakukan perkara paling disukainya – membantu orang lain.

Wanita yang bertutur lembut dari Gombak Setia, di sini menyertai upacara himpunan di Gereja Katholik St Joseph di Sentul sejak 2003 tetapi hanya dapat membaca kitab Injil setahun kemudian di upacara itu pada hari Ahad dua kali sebulan.

Injil beliau dicetak khas dalam bentuk Braille oleh seorang sukarelawan gereja.

“Bagi mereka yang berpenglihatan biasa, Injil adalah dalam bentuk naskhah buku, tetapi milik saya terdiri daripada bacaaan Ahad, Krismas dan Easter di samping dua belas buku disusun dalam satu naskhah,” katanya kepada Bernama di sini kelmarin.

Josefa mula buta ketika berusia 17 tahun akibat sejenis penyakit dan menjalani beberapa pembedahan hingga rawatan tahap akhir yang mengakibatkan beliau hilang penglihatan total.

Josefa berkata, dalam ke-adaan buta beliau perlu kuat semangat kerana beliau tidak boleh bergantung pada anggota keluarga selama-lama-nya.

Wanita itu berkata beliau berhenti kerja dengan sebuah syarikat di Shah Alam berikutan nasihat doktornya memandangkan beliau juga menghidap penyakit ‘systemic lupus erythematosus’ (SLE).

(SLE sejenis penyakit auto-imun dalam mana sistem imun tubuh menyerang tisu sihat. Ini boleh menjejas kulit, sendi, ginjal, otak dan organ lain).

Kini, Josefa lebih menumpu kepada membuat kraf tangan di rumah dan menjualnya kepada bekas rakan-rakan sepejabat.

“Saya juga membuat kerja-kerja amal dengan anggota gereja yang juga punya ke-lainan upaya seperti saya menerusi program motivasi,” kata beliau.

Josefa yang tinggal bersama saudara perempuan dan ipar-nya berkata beliau menyerah-kan nasibnya kepada takdir.

Beliau menasihati golongan sepertinya agar bersikap positif dan tidak sekali-kali berputus asa sebaliknya yakin pada kebolehan diri.

Ditanya mengenai sambutan Krismasnya tahun ini, Josefa berkata beliau meraya-kannya secara sederhana sahaja memandangkan bapanya baharu saja meninggal tiga bulan lepas.

Beliau berkata, selepas menghadiri upacara di gereja awal kelmarin, beliau akan menyambut ulang tahun kelahiran Jesus Christ dengan rakan-rakan dan keluarga di rumah. — Bernama

Advertisement