Anda di sini

Warga emas didakwa bunuh rakan

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga emas berhadapan hukuman gantung, apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini kelmarin atas pertuduhan membunuh rakannya.

Chin Su Chin, 67, dituduh membunuh Ngui Lim Kiau, 64, pada 23 September tahun ini jam 3 petang, di sebuah rumah, Kepayan Ridge, di sini.

Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang boleh dikenakan hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Insp P.Nathan memaklumkan, pihaknya kini sedang menunggu izin daripada Timbalan Pendakwaraya untuk memindahkan kes terbabit ke Mahkaman Tinggi.

Oleh itu, Majistret Jessica Ombou Kakayun menetapkan pada 11 Januari tahun hadapan, untuk sebutan semula kes terhadap Chin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam diperintahkan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

 

Advertisement