Anda di sini

Enam lot kedai musnah dalam kebakaran di Sandakan

Advertisement

SANDAKAN: Enam lot kedai tiga tingkat jenis kekal di Batu 8 Jalan Sibuga Jaya 20 di sini musnah dalam kejadian kebakaran awal kelmarin.

Ketika dihubungi di sini, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Razali Awang Ahmad berkata lima buah jentera bersama 19 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 2.39 pagi.

Menurutnya kebakaran membabitkan tiga lot kedai masing-masing di tingkat satu dan dua.

“Operasi terkawal pada jam 4.52 pagi dan tamat pada jam 7.10 pagi. Punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

“Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya. — Bernama

Advertisement