Anda di sini

Jangan pinggirkan golongan kurang bernasib baik ketika perayaan

Advertisement

// Oleh Kelvin Lambai //

 Sedu berucap pada majlis sambutan pra-Krismas 2016 bersama Penghuni Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman.

AMANAT: Sedu berucap pada majlis sambutan pra-Krismas 2016 bersama Penghuni Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman.

GOLONGAN tidak bernasib baik tidak harus dilupakan dalam meraikan pelbagai perayaan di Sri Aman.

Pengerusi MAKSAK Wanita Bahagian Sri Aman Sedu Talek berkata, semasa meraikan pelbagai perayaan berbilang bangsa, mereka yang kurang bernasib baik tidak harus dilupakan sebaliknya harus diraikan bersama.

“Sempena sambutan perayaan Hari Krismas dan Tahun Baharu bakal menjelang, tidak salah kita semua menganjur pelbagai aktiviti untuk mereka yang kurang bernasib baik.

“Contohnya, berkunjung dan bertemu dengan mereka ke pusat-pusat penjagaan dan sebagainya sambil membawa buah tangan dan hadiah kepada mereka sempena perayaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan pra-Krismas 2016 bersama Penghuni Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman anjuran MAKSAK Wanita Bahagian Sri Aman di salah sebuah restoran terkemuka di Sri Aman, baru-baru ini.

Katanya, dengan adanya kunjungan demikian sekurang-kurangnya golongan berkenaan berasa dihargai dan tidak pernah dilupakan terutama ketika sambutan perayaan.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Penolong Pegawai Tadbir di Pejabat Residen Bahagian Sri Aman Noorhayati Ahmad, Timbalan Pengetua RKK Athabarani Osman serta ahli-ahli MAKSAK Wanita yang lain.

Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan acara sukaneka oleh penghuni RKK.

Advertisement