Anda di sini

Bekas MP Tuaran dan 156 orang lagi sertai UPKO

Advertisement

TUARAN: Bekas Ahli Parlimen Tuaran Datuk Monggoh Orow bersama 156 orang lagi dari di daerah Tuaran menyertai Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) di sini, malam kelmarin.

Monggoh, yang juga Presiden Pertubuhan Pelestarian Bahasa Lotud Sabah, mewakili kesemua individu tersebut menyerahkan borang keanggotaan kepada pemangku Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau pada majlis santai bersama Madius sambil disaksikan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran Datuk Seri Hajiji Noor.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Monggoh berkata penyertaannya ke dalam UPKO bukan perkara baharu kerana dulu beliau pernah menjadi Bendahari Agung Parti Demokratik Sabah (PDS).

“Dulu UPKO dikenali sebagai PDS dan pada masa itu saya telah berjuang untuk rakyat dan kini saya mengambil keputusan untuk kembali bersama UPKO untuk mahu bersama berjuang demi rakyat Sabah.

“Kita lihat kerajaan pada masa ini di bawah pimpinan BN telah banyak memberi pembangunan kepada Sabah, tidak kira di bandar atau di kawasan bandar. Sabab itu saya mengambil keputusan untuk terus berjuang bersama UPKO,” katanya. — Bernama

Advertisement