Anda di sini

JPNIN himpun 1,000 penduduk jayakan dua program

Advertisement

// Oleh Henrietta Liza //

c_pc0018617

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah mengadakan Program Integrasi Silang Budaya dan Pelancaran Kawasan Rukun Tetangga Bahagian Simunjan/Sebuyau 2016, baru-baru ini.

JPNIN berjaya menghimpunkan 1,000 orang untuk menghadiri program tersebut yang diserikan dengan pelbagai aktiviti untuk orang ramai sertai.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim telah merasmikan program tersebut.

Tujuan utama penganjuran program ialah untuk memberi peluang kepada peserta berinteraksi ke arah mengeratkan muhibah dan kerjasama untuk memperkukuhkan integrasi nasional.

Selain itu, program diharap dapat meningkatkan kefahaman dan pengalaman mengenai pembangunan sosioekonomi masyarakat berbilang kaum atau etnik di daerah berkenaan.

Pada masa sama ia juga diharap dapat  mengukuhkan semangat kesetiaan kepada negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Sesi karaoke (Suara Perpaduan), Pertandingan Gerak Kreatif, memancing, sukaneka, pertandingan memasak dan membuat Kek Lapis Sarawak telah  mewarnai majlis tersebut dengan meriahnya.

Turut hadir ialah Pengarah JPNIN Sarawak, Dirwana Azool dan Pegawai JPNIN Bahagian Samarahan, Suzana Busalam.

c_pc0018618

Advertisement