Anda di sini

100 belia sertai randau sosial dan seminar dadah

Advertisement

// Oleh Kelvin Lambai //

 Ismawie (duduk, enam kanan), Noorhayati (empat kanan) bergambar bersama para peserta seminar.

KENANGAN: Ismawie (duduk, enam kanan), Noorhayati (empat kanan) bergambar bersama para peserta seminar.

SERAMAI 100 belia, ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ahli persatuan dan kelab di Sri Aman telah menyertai Program Randau Sosial dan Seminar Penyalahgunaan Dadah anjuran Unit Sosial, Pejabat Residen Bahagian Sri Aman dan PEMADAM Sri Aman di Dewan Suarah, baru-baru ini.

Sebanyak empat kertas kerja telah dibentangkan pada program berkenaan iaitu pertama yang berkaitan dengan hukuman dan tindakan bagi belia yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah yang disampaikan oleh Abdul Aziz Abdullah dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sri Aman.

Selain itu, ceramah bertajuk ‘Peranan Belia Dalam Pembangunan Masyarakat’ disampaikan oleh Pembantu Pembangunan Masyarakat, Kelvin Lambai dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman, manakala Dr Rohayah Abdullah dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman menyampaikan ceramah bertajuk ‘Masalah Kehamilan Remaja’.

Ceramah bertajuk ‘Kesedaran Penyalahgunaan dan Ancaman Bahaya Dadah’ pula disampaikan oleh Pegawai Pemulihan Dadah dari AADK Daerah Kuching Sapini Jalani.

Jurucakap pengelola berkata, objektif utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada para belia berkenaan bahayanya penyalahgunaan dadah di samping untuk berkongsi ilmu peranan belia dalam pembangunan masyarakat di negara ini.

Majlis penutupan rasmi program telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Sri Aman merangkap Pengerusi PEMADAM Daerah Sri Aman, Ismawie Salleh.

Hadir sama pada majlis penutupan program ialah Penolong Pegawai Tadbir Sarawak di Pejabat Residen Bahagian Sri Aman, Noorhayati Ahmad.

Advertisement