Anda di sini

Bengkel Kraf Kreatif latih wanita luar bandar jana pendapatan

Advertisement

// Oleh Kelvin Lambai //

 Salah seorang peserta menyiapkan dulang hasil kreativitinya sendiri.

HAMPIR SIAP: Salah seorang peserta menyiapkan dulang hasil kreativitinya sendiri.

SERAMAI 50 peserta Kelas Kemahiran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang terdiri daripada Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) dan Kelas Pendidikan Jahitan Kraftangan (PJK) Daerah Lubok Antu telah menyertai Bengkel Kraf Kreatif anjuran Unit Pendidikan Kemahiran (PIKEM), Jabatan KEMAS Daerah Lubok Antu di Dewan Datuk Tutong, Kampung Iban, Lubok Antu, baru-baru ini.

Penyelia Kanan KEMAS Daerah Lubok Antu, Kumpang Datuk Tutong berkata, bengkel ini diadakan dengan tujuan untuk membantu peserta kelas kemahiran KEMAS meningkatkan ekonomi menerusi hasil kraf tangan.

Kumpang berkata, penghasilan produk kraf tangan yang diperbuat daripada ‘tali dagat’ dilihat mampu menjana ekonomi kaum wanita di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, produk-produk kraf tangan seperti ini bukan setakat dihasilkan untuk digunakan oleh kaum keluarga sendiri sebaliknya ia berpotensi dijual ke kawasan lain untuk menjana pendapatan kaum wanita.

“Saya percaya kaum wanita kita hari ini semakin hari semakin kreatif, mereka bukan hanya mampu membuat kraf tangan berbentuk tikar mahupun bakul melalui tali dagat tetapi kini sudah ramai yang mampu menghasilkan pelbagai kraf tangan menggunakan surat khabar dan sebagainya,” ujarnya.

Hadir sama pada program berkenaan ialah Penyelia PIKEM, KEMAS Daerah Lubok Antu Siti Nuraini Abdullah serta tenaga pengajar dari Kelas PKK dan Kelas PJK Lubok Antu.

 Para peserta tekun menyiapkan hasil kraf tangan masing-masing.

ASAH KEMAHIRAN: Para peserta tekun menyiapkan hasil kraf tangan masing-masing.

Advertisement