Anda di sini

157 ahli BSMM jayakan Kem Chung Hua kali ke-25

Advertisement

// Oleh Connie Sylvia Mesa //

 Para peserta Kem Chung Hua kali ke-25 anjuran BSMM Unit SMK Chung Hua Miri saling membantu mendirikan khemah di premis BSMM di Miri, baru-baru ini.

KERJASAMA: Para peserta Kem Chung Hua kali ke-25 anjuran BSMM Unit SMK Chung Hua Miri saling membantu mendirikan khemah di premis BSMM di Miri, baru-baru ini.

SERAMAI 157 peserta telah menyertai Kem Chung Hua kali ke-25 anjuran Ahli Belia Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Unit SMK Chung Hua Miri di premis BSMM di Miri, baru-baru ini.

Kem yang diadakan selama lima hari bermula 29 November hingga 3 Disember lalu turut disertai oleh ahli-ahli belia BSMM dari Cabang Kuching dan Sibu.

Program berkenaan telah dikendalikan oleh Komanden Kem Chu Yan Win.

Antara objektif penganjuran kem ialah untuk merapatkan hubungan, memupuk perpaduan dan muhibah dalam kalangan ahli dari pelbagai kaum serta agama yang disertai oleh ketiga-tiga cabang BSMM terbabit.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperkembangkan kemahiran para peserta dalam mengurus dan memimpin para pemimpin belia.

Para peserta juga diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti sifat bekerjasama secara berpasukan, berdisiplin, bertolak ansur dan bersemangat tinggi.

Antara aktiviti yang diselitkan sepanjang kem terbabit ialah sesi suai kenal, membantu mengemas pusat 3R BSMM Cabang Miri, latihan ‘Footdrill’, sesi tarian, aktiviti mencantikkan halaman taman BSMM, sesi barbeku serta acara memasang khemah.

Majlis penutupan kem telah disempurnakan oleh Naib Pengerusi BSMM Cabang Miri Datin Judy Wan.

 Pelbagai aktiviti diselitkan sepanjang Kem Chung Hua kali ke-25 diadakan seperti sesi suai kenal, barbeku, latihan ‘Footdrill’ serta mencantikkan halaman taman BSMM Miri.

AKTIVITI MENYERONOKKAN: Pelbagai aktiviti diselitkan sepanjang Kem Chung Hua kali ke-25 diadakan seperti sesi suai kenal, barbeku, latihan ‘Footdrill’ serta mencantikkan halaman taman BSMM Miri.