Anda di sini

Nissan Almera tetap terbaik di hati pemilik

Advertisement
 Norliza bersama suami dan anak mereka bergambar bersama, amat bersyukur memiliki Nissan Almera.

PILIHAN RAMAI: Norliza bersama suami dan anak mereka bergambar bersama, amat bersyukur memiliki Nissan Almera.

Tampil dengan pakej tambat minat pengguna, jimat minyak dan banyak keistimewaan

KUALA LUMPUR: Edaran Tan Chong Motor (ETCM) pada penghujung Oktober 2012 telah memperkenalkan kereta bukan nasional terlaris di dalam segmen B, Nissan Almera kepada rakyat Malaysia.

Menerusi sumber, Nissan Almera pernah mencatatkan rekod tempahan sebanyak 15,000 unit dalam masa tiga bulan selepas dilancarkan pada penghujung Oktober 2012.

Kereta Nissan Almera menampilkan pakej yang kena dengan selera pengguna, jadi tidak hairanlah jika model ini merupakan kenderaan sedan global terlaris di pasaran.

Saiz dalaman Nissan Almera sememangnya besar walaupun dari luar ia tampak kompak dengan penelitian pembikinannya untuk memaksimumkan ruangan di dalam kereta.

Ruangan kaki penumpang di belakang luas, begitu juga dengan bonet dan ciriciri tersebut amat penting berdasarkan budaya pembeli terutama sekali di dalam negara membangun yang mempunyai keluarga atau yang suka berjalan jauh.

Kerusi pemandunya boleh dilaras ke atas dan ke bawah dan melihat dari luaran kereta ini tampak tinggi menjadikan ia poin bonus bagi pemandu wanita yang berfizikal rendah.

Almera menyerap hentak lopak jalan dengan baik dan suasana dalam kabin juga senyap berbeza dari kereta sedan yang biasa.

Ia juga dijana oleh enjin bersesaran 1.5 liter CVTC yang dipadankan dengan transmisi empat kelajuan menjadikan pecutan Almera terasa linear dan enjin moden ini memberi teknologi penjimatan minyak dengan karektor yang ‘sporty’.

Bahkan pembeli boleh menaik taraf aksesori kenderaan ini semasa membuat tempahan.

Hari ini selepas beberapa tahun berada di pasaran, ramai kalangan pemiliknya memuji kualiti dan berasa puas kerana memiliki Nissan Almera berkongsi kebahagiaan mereka kepada semua.

Joseph Ramanair, 44, seorang pensyarah di salah sebuah insitusi pengajian tinggi awam di negeri ini berulang-alik memandu Nissan Almera Standard Auto 1.5 dari kediamannya di Kuching ke Samarahan.

Beliau juga sering memandu ke kawasan luar bandar seperti Sri Aman dan Bau.

Baginya kepuasan jelas terserlah sejak dari mula memiliki kenderaan itu pada tahun 2014 sehingga hari ini apatah bagi mereka yang sudah berkeluarga seperti beliau sendiri.

Minatnya untuk membeli Almera timbul apabila beliau ke jerayawara di salah sebuah pusat beli-belah di bandar raya Kuching bersama isteri.

Joseph sebelum ini pernah memandu kereta-kerata lain seperti Perodua, Toyota dan Proton namun tiada tandingan dengan memandu sebuah Almera.

“Rekaan kerusinya yang selesa semasa pemanduan, ia seolah-olah memberikan rasa selamat kepada saya dan penumpang di bahagian depan.

Selain rekaan luar yang aerodinamik dan ia amat berbeza dengan kereta-kereta lain.

“Ia seperti cinta pandang pertama di antara saya dengan Almera.

Saya sememangnya mahukan sebuah kereta yang kelihatan cantik.

Kali pertama saya masuk di ruangan penumpang belakang.. di situ saya sudah berasa sangat teruja terhadapnya,” kata Joseph.

Sekurang-kurangnya seminggu sekali Joseph akan memandu untuk perjalanan yang jauh dan berasa selesa dengan kos minyak yang begitu menjimatkan, tayarnya juga mencengkam jalan raya dengan baik, ruang dalam kereta yang luas bagaikan kereta mewah.

Banyak sekali ciri-ciri keselamatan yang diletakkan di dalam Almera ditambah dengan keadaan kereta yang agak berat benar-benar membuatkan beliau menyukai kereta tersebut.

Bagaimanapun beliau berharap sekiranya terdapat penambahbaikan untuk kereta itu, gear boleh ditambah melebihi tahap 4 dan sedikit tambahan aksesori di bahagian luar Almera agar lebih praktikal.

Terdapat tiga lagi rakan beliau yang telah beliau perkenalkan Almera dan mulai menunjukkan rasa ingin memilikinya.

Sementara itu bagi Norliza Saibi, 47, yang juga memiliki kereta Nissan Almera berkata beliau ingin melihat perubahan pada cermin sisi kereta berkenaan dan suspensi pendingin udara yang terletak di dalam kereta berkenaan.

Bagi beliau sebagai seorang wanita yang bekerjaya dan mempunyai keluarga, kenderaan tersebut sememangnya menjimatkan walaupun jarang sesekali untuknya melakukan pemanduan jauh dari pusat bandar.

“Kalau kami isi minyak setiap Ahad, maka kami akan isi lagi pada Ahad seterusnya… kereta ini tidak pernah melakukan sebarang masalah dan ia benar-benar menjimatkan.

Pada mulanya saya memandu Perodua Viva dan setelah memiliki kenderaan ini pada Julai 2013 sehingga kini ia sentiasa meninggalkan kenangan manis buat kami sekeluarga.

Melihat kepada rekaan luar kereta Almera, kami pada mulanya tertarik dengan bahagian depan kenderaan yang kelihatan seolah-olah sebuah kenderaan sport.

Harganya juga berpatutan di dalam lingkungan RM70,000 ke RM80,000 seunit pada masa itu semasa kami ke pameran yang dijalankan di salah sebuah pusat beli-belah di sini.

Anak saya, Muhammad Andi, 16, telah memilih warna hitam dan sentiasa menyukai ruangan duduk di belakang yang luas.

Bagi saya sendiri, tidak ada yang lebih seronok dapat memegang hanya sebuah kunci tanpa kunci-kunci lain dan ia adalah ‘cordless’ yang boleh dibuka tanpa kuncinya.

“Dahulu, kalau hari hujan saya tercari-cari di dalam tas tangan tempat kunci kereta manakala sebelah tangan lagi memegang payung, sebelum masuk ke dalam kereta saya sudah basah kuyup.. tapi syukur sekarang tidak payah lagi,” tambahnya sambil tersenyum.

Seorang suri rumah, Pei Suk Yie, 26, pula telah memiliki kereta Almera selama dua tahun sejak 2014 .

Katanya, Almera mempunyai rupa dan gaya klasik serta menjimatkan petrol.

Menyingkap kemba l i bagaimana Suk Yie jatuh hati kepada Almera apabila ia telah diperkenalkan oleh abangnya sendiri.

“Beliau memberikan perbezaan di antara beberapa produk yang terdapat di pasaran hari ini dan saya sendiri telah memilih kereta jenama Nissan setelah mendengar kesemua penjelasan beliau mengenainya.

“Kereta ini memberikan pemanduan yang mantap dan senyap di atas jalan raya.

“Pada masa itu saya masih lagi memandu kereta lama kami dan turut mengalami kekangan kewangan justeru kebetulan Almera pula sedang mengadakan diskaun yang begitu menarik jadi saya mengambil peluang tersebut untuk memilikinya,” jelasnya.

Memang tidak dapat disangkal lagi Nissan Almera sememangnya kenderaan yang menjimatkan penggunaan minyak selain rekaanya yang sporty, berjenama, beruang luas, klasik dan harganya lebih murah berbanding kereta lain, ujarnya.

Beliau mencadangkan para jurutera Nissan Almera untuk menambahkan ciri-ciri kereta agar lebih menarik walaupun sekarang ia senang untuk dikekalkan dan menjimatkan penggunaan minyak.

Suk Yie mengakui bahawa beliau semenangnya telah beberapa kali mencadangkan kereta Almera kepada rakanrakan yang rapat dengannya.

 

Advertisement