Anda di sini

1MDB nafi China terbabit

Advertisement

Dalam pertikaian pembayaran AS$6.5 bilion dengan IPIC seperti dilapor sebuah penerbitan kewangan kelmarin

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menafikan penglibatan China dalam pertikaian pembayaran dengan firma berpangkalan di Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).

Pengerusi 1MDB Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, yang juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan berkata beliau tidak pernah dihubungi mengenai bantuan China dalam pembayaran berkenaan.

“Tiada siapa yang bercakap dengan saya. Tiada siapa yang bercakap dengan pihak China,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Komuniti Keusahawanan  Global 2016 di sini semalam.

Kelmarin, sebuah penerbitan kewangan melaporkan China akan membantu 1MDB dalam membuat bayaran balik kepada IPIC, yang melibatkan pertikaian AS$6.5 bilion antara 1MDB dan dana milik kerajaan Abu Dhabi itu. — Bernama

Advertisement