Anda di sini

Pusat beli-belah Moyan Square dibuka esok

Advertisement

Pusat beli-belah pertama di pinggir bandar ini terletak di Jalan Batu Kawa/Tondong

 Orang ramai dipelawa untuk berkunjung ke pusat beli-belah Moyan Square yang dibuka esok.

BAHARU: Orang ramai dipelawa untuk berkunjung ke pusat beli-belah Moyan Square yang dibuka esok.

KUCHING: Pusat beli-belah Moyan Square iaitu pusat beli-belah yang pertama di pinggir bandar akan mula dibuka kepada orang ramai bermula esok (Jumaat).

Pusat beli-belah setinggi tiga tingkat itu berkeluasan 300,000 kaki persegi dan mempunyai Ruang Boleh Disewa Bersih (NLA) seluas 120,000 kaki persegi, serta dilengkapi dengan 500 petak tempat letak kereta, di bawah tanah dan kawasan terbuka.

Ia terletak di sekitar Jalan Batu Kawa/Tondong bagi memenuhi keperluan populasi 150,000 orang pada radius 0-5 kilometer dan 280,000 (5-10km radius) yang merangkumi kumpulan etnik seperti Bidayuh dan Iban iaitu kurang daripada 50 peratus, Cina (kurang daripada 30 peratus) serta Melayu dan lain-lain (20 peratus) yang tinggal di kawasan Batu Kawa/Tondong/Singai/Bau/Lundu/Sematan dan Matang.

Dengan pembangunan semasa infrastruktur jalan raya dan kemudahan awam oleh kerajaan negeri menerusi Projek Lebuh Raya Pan Borneo, banyak kampung dan kawasan luar bandar dapat dihubungkan dan boleh diakses pengangkutan jalan.

Perkara itu sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan sosioekonomi kesemua kawasan tersebut termasuk pusat beli-belah Moyan Square.

Pusat beli-belah Moyan Square merupakan pusat komuniti yang akan menempatkan pasar raya New World Mart seluas 18,000 kaki persegi dan merupakan cawangan pertama di Kuching.

Pada masa ini, ia mempunyai dua cawangan di Bintulu iaitu di Park City Mall dan Kidurong, Bintulu serta satu lagi cawangan di Lutong, Miri.

Pusat beli-belah itu turut menempatkan gedung serbaneka iaitu The Bay Deparmental Store yang menduduki kawasan dua tingkat seluas 35,000 kaki persegi dan menawarkan pelbagai barangan daripada pakaian, kosmetik, pewangi, peralatan dan perkakas elektrik dan rumah serta lain-lain.

Antara penyewa subutama ialah Mr DIY yang akan menduduki kawasan seluas 12,000 kaki persegi di tingkat pertama pusat beli-belah tersebut.

Selain itu, Moyan Square juga menempatkan ruang permainan moden (Moyan Playland) untuk kanak-kanak serta pelbagai hiburan dalaman untuk remaja, selain pusat hiburan Family Karaoke dengan 23 bilik di tingkat tiga dan I-Dart Zone.

Antara penyewa lain yang akan turut dirancang ditempatkan di pusat beli-belah itu ialah Sugarbun, Magic Waffle, Vivo, OPPO, DingDing, DiGi, kedai cermin mata, Concept Stores, Rent A-Box, Ted Lim Superstore, butik fesyen, salon, kedai buku dan banyak lagi.

Pihak pengurusan menyasar untuk menyediakan para pelanggan dengan pelbagai rangkaian produk, barangan segar, harga menarik, promosi hebat dan acara serta aktiviti menarik bagi menghidupkan pusat beli-belah tersebut.

Bersempena dengan prapembukaan juga, pihak pengurusan telah menyusun atur beberapa program untuk para pelanggan seperti tarian singa pada Sabtu ini pada jam 11 pagi sebagai sebahagian daripada acara pembukaan.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, kunjungi Facebook Moyan Square atau hubungi Pengurus Pajakan 014-5929939 (Michael) atau Ruang Promosi dan Pengiklanan 013-8329534 (Theresa) atau lain-lain pertanyaan kepada Pengurus Pusat Beli-Belah 019-8508758 (Mr Foo) atau pejabat 082-688700 (Eileen).

Advertisement