Anda di sini

Menarik di #MAHA2016

Advertisement

Tarikan terbaru Pameran Perikanan @ myDOF Valley ini

UNTUK #MAHA2016 kali ini, laman Pameran Perikanan @ myDOF Valley menampilkan banyak tarikan terbaru dan mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengunjung.

Replika tulang ikan paus yang terletak di tengah-tengah Laman Pameran Perikanan @ myDOF Valley
Replika tulang ikan paus yang terletak di tengah-tengah Laman Pameran Perikanan @ myDOF Valley

Antara daya tarikan utama yang terdapat yang terdapat di sini ialah Rumah Nelayan Terbalik yang mempunyai bilik tidur yang turut dilengkapi simulator vesel menangkap ikan yang disediakan khas buat orang ramai. 

Jangan lepaskan peluang merasai sendiri kelazatan satay yang diperbuat dari ikan Tuna ini
Jangan lepaskan peluang merasai sendiri kelazatan satay yang diperbuat dari ikan Tuna ini

Di sini juga, pengunjung berpeluang melihat sendiri pameran ikan terbesar seperti ikan kerapu kertang seberat 60 kilogram (kg), ikan temoleh seberat 18 kg di samping pameran ikan termahal seperti ikan empurau yang dianggarkan bernilai RM1,800 sekilogram serta Maming.

Pengunjung juga boleh berkunjung ke Tuna in The House yang menyediakan maklumat mengenai jenis-jenis spesies ikan tuna di Malaysia dan merasai sendiri kelazatan Satay Tuna.

M.Syafiq
M.Syafiq

M.Syafiq yang berasal dari Kedah, ini adalah kali yang kedua dia datang ke #MAHA2016 dan melihat banyak perubahan dan penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak penganjur.

“Saya pertama kali berkunjung ke MAHA pada tahun dan 2010 dan banyak perubahan yang saya lihat pada tahun ini terutamanya di bahagian Pameran Perikanan @ myDOF Valley ini,”

Kingdom of Sharks yang terletak di Laman Pameran Perikanan @ myDOF Valley
Kingdom of Sharks yang terletak di Laman Pameran Perikanan @ myDOF Valley

“Contohnya seperti Kingdom of Shark ini, saya lihat ia merupakan satu inisiatif yang menarik dari pihak penganjur. Saya juga teruja melihat pameran hidupan laut yang dipamerkan seperti ikan yu dan ikan Empurau dari Sarawak,”katanya.

RM10 untuk 12 tongkol jagung

Bagi pengunjung yang bertandang ke Castle Of Fruit, jangan lepaskan peluang anda membeli jagung yang dijual secara tongkol dengan harga yang berpatutan. 

(dari kiri) Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak mengiringi Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Castle Of Fruit
(dari kiri) Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak mengiringi Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Castle Of Fruit

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Datuk Ahmad Ishak berkata, FAMA turut menyediakan tiga juta tongkol jagung manis untuk dijual kepada pengunjung sepanjang 11 hari pameran berlangsung dan jagung ini dijual pada harga yang jauh lebih berpatutan daripada harga pasaran dan orang ramai jangan ketinggalan untuk mencubanya.

Orang ramai berpusu-pusu membeli jagung yang dijual secara tongkol dengan harga yang berpatutan
Orang ramai berpusu-pusu membeli jagung yang dijual secara tongkol dengan harga yang berpatutan

“Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan iaitu hanya RM10 untuk 12 tongkol. Selain jagung, lebih 50 jenis buah-buahan turut boleh dibeli pengunjung di Castle of Fruits yang disediakan oleh FAMA,” 

“Terbahagi kepada terdapat 108 lot gerai yang menjual kepelbagaian jenis buah-buahan, sayur-sayuran, florikultur dan bunga-bungaan. Selain itu kami juga menyediakan ruang makan untuk pengunjung yang datang ke sini,”katanya

 Bahagian dalaman Khemah NAFASCube@MARDI yang boleh memuatkan dua orang pada suatu masa ini berharga RM120 semalam
Selesa : Bahagian dalaman Khemah NAFASCube@MARDI yang boleh memuatkan dua orang pada suatu masa ini berharga RM120 semalam

NAFAS Cube tarikan terbaru di #MAHA2016

NAFAS Cube @ Mardi telah dibangunkan sebagai salah satu tarikan baru #MAHA2016 dan menggabungkan 3 konsep utama berkonsepkan santai tetapi sesetengahnya mewah iaitu kontena, culvert serta khemah.

Pengurus Hal Ehwal Korporat NAFAS, Addey Azman Nawai, berkata, NAFAS Cube @ Mardi ini dibina diatas tanah seluas 0.6 ekar.

“Nama NAFAS Cube dipilih selari dengan konsep utama pembinaan projek ini iaitu daripada kontena yang berbentuk segiempat, kotak dan kubikal. @ Mardi pula ditambah menjadi NAFAS Cube @ Mardi kerana NAFAS Cube dibina diatas tanah Mardi,”

“NAFAS Cube boleh memuatkan sehingga 56 orang dalam satu malam dengan pecahan seperi berikut,”

“Walaupun dibina menggunakan barang-barang terpakai, namun keselesaan pelanggan tetap menjadi keutamaan. Pelbagai kemudahan disediakan seperti katil, pendingin hawa, kipas, ruang solat dan bilik air bergantung kepada jenis penginapan. 

“Bagi mereka yang berkunjung ke #MAHA2016 ini, kami telah menyediakan beberapa bilik pameran kepada orang ramai bagi melihat dan merasai sendiri pengalaman di Nafas Cube@MARDI,” ujarnya.

Harga penginapan satu malam bagi kontena kenamaan (VVIP) adalah RM250, kontena eksekutif RM180, culvert RM150 dan khemah RM120.

Suhaimi Sarkam
Suhaimi Sarkam

Bagi Suhaimi Sarkam, 54, beliau mengambil kesempatan datang ke Nafas Cube@MARDI untuk mencari idea rekaan café milik beliau.

“Salah satu tujuan saya datang ke #MAHA2016 ini adalah untuk melihat sendiri rekaan bentuk dan lanskap taman ini. Saya begitu tertarik dengan bahan yang digunakan kerana selain murah, ia dapat menjimatkan kos pembinaan,”katanya.

Ladang Mini Madu Kelulut di Garden District
Ladang Mini Madu Kelulut di Garden District

Sedut Madu terus dari sarang di  Laman Kelulut (Garden District)

Laman kelulut yang terletak di Garden District membolehkan pengunjung menyedut madu terus dari sarang dan menyaksikan bagaimana madu kelulut serta produk berkaitan dihasilkan.

Di sini pengunjung juga boleh mempelajari dan menimba ilmu tentang madu-madu yang dihasilkan di Malaysia.

DIY Agriculture Plaza yang diilhamkan sendiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
DIY Agriculture Plaza yang diilhamkan sendiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Bagi yang mencari idea membuat kebun mini di rumah, anda boleh berkunjung ke Garden District dan melihat sendiri DIY Agriculture Plaza yang diilhamkan sendiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Plaza itu mempamerkan dan menunjukkan demonstrasi kit fertigasi, piskiponik, penggunaan bahan terpakai sebagai bekas tanaman, kotak koloni kelulut, kit cendawan, kit penghasilan sabun dan kit penghasilan baja menggunakan sisa dapur.

Di Market Place pula, pengunjung boleh membeli  produk-produk jualan termasuk biji benih sayuran, anak pokok, baja herba, campuran tanah, produk herba dan kecantikan.

Bagi Saiful Rahman, 48, uniknya Garden District ini, ia mempunyai kepelbagaian aktiviti  menarik.

“Walaupun ini kali pertama saya datang ke sini, saya lihat penganjuran #MAHA2016 ini seperti satu karnival,”

“Saya tertarik dengan konsep rekaan DIY Agriculture Plaza ini, ia menjimatkan ruang dan bahan yang digunakan juga mudah,”katanya

Info Pameran Perikanan @ myDOF Valley

  • Rumah Nelayan Terbalik
  • Di Kingdom of Sharks pengunjung berpeluang mendapat maklumat mengenai spesies dan pembiakan ikan yu
  • Tuna in The House yang menyediakan maklumat mengenai jenis-jenis spesies ikan tuna di Malaysia.
  • Pameran mengenai ikan air tawar
  • Lebih menarik, pengunjung dapat melihat dengan lebih dekat ikan kerapu kertang seberat 60 kilogram.
  • Satay Tuna
  • Pameran spesies ikan termahal di Malaysia iaitu ikan Empurau (RM1800/kg) dan Maming (RM600/kg)
  • Aktiviti memancing udang galah dalam tangka gergasi

Info NAFASCube@MARDI

  • Menggabungkan tiga konsep utama dalam pembinaannya iaitu kontena, culvert dan khemah bagi memberikan suasana santai dan sentuhan kontemporari. Nafas Cube@MARDI menempatkan tujuh buah kontena, 10 culvert dan 10 khemah
  • Mampu menempatkan 56 pengunjung pada satu-satu masa
  • Harga penginapan satu malam bagi kontena kenamaan (VVIP) adalah RM250, kontena eksekutif RM180, culvert RM150 dan khemah RM120

Garden District

  • Dibahagikan kepada enam kluster utama iaitu Spa@MAEPS, Galeri Minyak Pati, DIY Agriculture Plaza, Laman Herba, Laman Sayur dan Market Place.
  • Pengunjung menyedut madu terus dari sarang di Laman Kelulut
  • Pengunjung boleh menggunakan menggunakan telefon pintar untuk melihat maklumat pokok herba

Castle Of Fruit

  • RM10 untuk 12 tongkol jagung
  • Menjual buah-buahan dan sayur-sayuran dengan harga yang berpatutan
  • Sekiranya anda pulang dengan belian barangan yang banyak, tidak perlu risau dengan bebanan tersebut kerana pihak FAMA ada menyediakan motosikal roda tiga untuk kemudahan pengunjung mengangkut barangan ke kenderaan masing-masing.
  • oleh
  • Advertisement