Anda di sini

Kayuhan penuh semangat ke Jambatan Batang Sadong

Advertisement

// Sumbangan Muhd Shah Daniyal , Gambar ihsan Rizalman Bujang //

 Para peserta menggunakan perahu untuk menyeberangi Sungai Samarahan memandangkan feri tidak beroperasi ketika air surut.

MENCABAR: Para peserta menggunakan perahu untuk menyeberangi Sungai Samarahan memandangkan feri tidak beroperasi ketika air surut.

Aktiviti berbasikal semakin diminati oleh warga Kuching pada masa kini tanpa mengira peringkat umur.

Malah, ramai antara mereka telah menubuhkan pasukan berbasikal untuk merancakkan lagi aktiviti sihat tersebut.

Atas inisiatif itu beberapa pasukan berbasikal telah mengadakan program Kayuhan Santai ke Jambatan Batang Sadong pada 27 November yang lalu.

Antara pasukan yang terlibat menjayakan program itu ialah Club MJCC, GCN, KAFCC, VIKING, TKJ dan BNCT.

Kayuhan bermula dari dataran Matang Mall seawal jam 7 pagi. Jarak di antara Matang Mall dan Jambatan Batang Sadong kira-kira 85km.

Namun, jarak tersebut bukanlah satu halangan kepada para peserta untuk sampai ke jambatan terpanjang merentasi sungai di Malaysia yang menjadi kebanggaan rakyat Sarawak khasnya penduduk di kawasan Batang Sadong.

Meskipun dalam keadaan hujan namun ia tidak mematahkan semangat 19 peserta untuk memulakan kayuhan mereka.

Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di kalangan peminat aktiviti berbasikal di samping dapat berkongsi pendapat dan pengalaman masing-masing.

Sebelum itu, program kayuhan tersebut turut dikongsikan di laman sosial dengan tujuan mengajak dan menghimpunkan peminat-peminat aktiviti berbasikal agar turut serta dalam kayuhan berkenaan.

 Para peserta berehat seketika sebelum menyambung kayuhan.

BEREHAT: Para peserta berehat seketika sebelum menyambung kayuhan.

 Para peserta merakamkan gambar kenangan ketika sampai di Jambatan Batang Sadong.

GEMBIRA: Para peserta merakamkan gambar kenangan ketika sampai di Jambatan Batang Sadong.

Advertisement