Anda di sini

Aktiviti menarik di #MAHA2016

Advertisement

#MAHA2016 yang bakal berlansung di 2016 di MAEPS, Serdang di antara 1 sehingga 11 Disember ini pastinya menjanjikan pengalaman yang menarik buat anda seisi keluarga. 

Buat anda yang belum mempunyai perancangan beriadah bersama keluarga pada cuti sekolah ini, #MAHA2016 pastinya tempat yang sesuai kerana selain daripada buah-buahan, sayur-sayuran serta lain-lain barangan serta perkhidmatan berkaitan pertanian, ia turut memaparkan pelbagai acara.

Selain itu,#MAHA2016 mempunyai acara-acara yang boleh disertai oleh pelbagai lapisan umur di samping turut berkongsi pengetahuan dengan keluarga anda mengenai pelbagai perkara menarik berkaitan pertanian. 

Bagi pengunjung yang menaiki kenderaan sendiri boleh meletak kenderaan masing-masing di kawasan tapak letak kereta yang disediakan. Selain luas, bayaran yang dikenakan juga berpatutan dengan kadar RM5 sekali masuk untuk sebuah kereta. 

Untuk masuk ke Pameran MAHA 2016, tiada tiket atau bayaran dikenakan. Pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan tram untuk masuk ke ruang pameran dan ia akan berulang alik dalam tempoh setiap 15 minit di setiap tapak lokasi pameran #MAHA2016.

Kampung Mok Cun

 

Datanglah ke tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan (MAHA) 2016 di Taman Pertanian Malaysia di Serdang, Selangor dekat sini dan rebutlah peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan para pelakon drama televisyen, Mok Cun.

Selain itu, pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis masakan istimewa Melayu ketika berada di sana seperti ikan patin tempoyak , asam pedas, otak-otak, sup tulang dan sebagainya.

Di sini anda juga berpeluang menikmati sendiri Nasi Lemak Amy Search di Phewit Café di Kampung Mok Cun. Selain nasi lemak, legenda rock negara itu turut menjual produknya yang lain seperti serbuk asam pedas Phewiiit dan Kopi Phewiiit.

Dewan Utama (A), (Dewan Agrotrade (C) & DOME (District of Malaysian Entrepreneur)

 

Jika berkunjung ke Dewan A, jangan lepaskan peluang mendengar dan bertanya sendiri pengalaman yang dilalui barisan jutawan tani pemenang-pemenang anugerah HPPNK 2016 yang akan berkongsi pengalaman di Bicara Tani, Pentas Utama, Dewan A.

Selain itu, pengunjung juga turut berpeluang merasai sendiri memancing dengan simulator 3D realiti maya.

Bagi pengunjung yang ingin menambah ilmu pengetahuan dalam industri pertanian, anda boleh menyertai Seminar Transformasi Pemasaran MAHA 2016 di Dewan D dan anda juga boleh mendengar seminar “How to Eat Fruit and Vegetables The Right Way” daripada saintis dan pakar nutrisi di Agrotrade, Dewan C.

Lebih menarik lagi, anda juga boleh mendapatkan produk-produk setempat terbaik di Malaysia seperti Ori Kemaman, Pekan Prime, Bera Best, Perak Best dan lain-lain serta berpeluang untuk makan makanan laut secara percuma dalam acara Shellout di booth MYSE (Malaysia Seafood Exposition)

Jangan lepaskan peluang anda untuk menimba pengalaman dan ilmu di #MAHA 2016 

Empayar Makanan di Dewan D

 

Anda akan dapat menikmati pelbagai sajian istimewa Empayar Makanan dari 14 buah negeri ini di bawah satu bumbung. Ia sememangnya telah menjadi satu platform yang sentiasa dinanti-nantikan kerana memperkenalkan makanan popular negeri-negeri dari seluruh Malaysia.

Antara makanan menarik yang patut anda cuba ialah makanan yang berasaskan Udang Lipan seperti kuetiau goring udang lipan, udang lipan goring dan sebagainya. 

Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati hidangan kuih-muih yang jarang ditemui seperti butir nangka, jala mas, pulut dakap, buah tanjung, puding raja dan lain-lain.

Bagi pengunjung yang berasal dari Sabah dan Sarawak, jangan lepaskan peluang merasai makanan tradisi negeri anda sendiri seperti laksa Sarawak dan pisang goring keju yang dipopularkan Negeri di Bawah Bayu itu.

Kampung Durian Runtuh

 

Anak-anak anda pasti akan terhibur melihat keletah ikon Upin dan Ipin. Selain dapat berseronok, mereka juga berpeluang mempelajari tentang pertanian bermula daripada mengenali tanah sehingga ke penuaian hasil pertanian contohnya membina ‘edible garden’. 

Golongan kanak-kanak ini juga akan diberi penerangan menggunakan cara santai dan permainan bagi menarik minat mereka.

Selain itu, mereka berpeluang merasai pengalaman menarik baharu dengan melihat Upin dan Ipin berinteraksi menggunakan teknologi 'hologram', 'project mapping', 'palm projection' & '3D Mural'.

Laman Florikultur

 

Rakam momen menarik sekitar lawatan di Laman Florikultur yang diiktiraf Malaysia Book of Record sebagai Taman Landskap Terpanjang Diperbuat Daripada Barangan Terpakai. 

#myDOF Valley/Laman Perikanan

 

Jika belum pernah merasai pengalaman memasuki rumah nelayan terbalik, anda berpeluang merasainya di Fisherman’s Fun House. 

Rebut peluang bergambar di hadapan replika mulut ikan yu yang ternganga dan jangan lepaskan peluang melihat model 3D spesies marin seperti rangka paus terbesar dan sebagainya.

Selain itu, jangan ketinggalan berkunjung ke beberapa tarikan utama lain seperti Kingdom of Sharks, Tuna in The House serta pameran spesies ikan terbesar dan termahal.

Astaka Negeri

 

Pavilion atau astaka negeri menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan anda dapat  melawat 13 negeri (termasuk Selangor).

Setiap astaka negeri tersebut akan membuatkan anda berasa seakan-akan sedang melancong ke 13 negeri yang lain dalam masa satu hari kerana setiap satu daripadanya mempunyai reka bentuk tersendiri untuk menggambarkan keunikan identiti dan kebudayaan negeri tersebut.

Bukan itu sahaja, di sini pengunjung juga dapat berasa makanan tradisional setiap negeri sambil melihat persembahan kebudayaan mereka.

Garden District/Laman Sayur & Herba

Jangan lepaskan peluang merasai pengalaman menghisap madu kelulut terus daripada sarangnya di Kelulut Farm. Anda tidak perlu khuatir kerana dijamin tidak akan disengat lebah. 

Bagi yang suka berkebun, ambil inspirasi menzahirkan kebun di rumah sendiri melalui Pergola Buah Gantung di pintu masuk seperti buah labu, petola, timun dan lain-lain

NAFAS Cube @ MARDI & NAFAS Agro Youth Camp

 

Di sini pengunjung pasti tertarik melihat tarikan baharu iaitu kemudahan penginapan berbentuk kontena, culvert dan khemah di tepi tasik. Selain itu, terdapat juga bilik pameran yang boleh anda lawati dan untuk membuat tempahan sempena cuti sekolah.

Rebut peluang untuk beramah mesra dan bertemu artis-artis ternama tanah air seperti Siti Saleha, Risteena Munim, Ruhainies, Azrel Ismael, Amira Othman, Alif Aziz dan tidak ketinggalan bintang K-Pop, Hyunmin-A dalam acara Agrorace dan Voice of Youth Night.

Laman Ternakan

 

Teruskan keseronokan di MAHA 2016 dengan menyaksikan perarakan lembu-lembu berotot atau sado di Sado Parada yang berlangsung di Arena Gelanggang. Jika bertuah, anda juga dapat menyaksikan Kejohanan Meow Kebangsaan.

Antara tarikan lain yang terdapat di sini ialah kambing kerdil atau nama saintifiknya Pygmy Goat yang berasal dari Afrika Selatan. Anda juga boleh melihat keunikan seekor kambing yang bertanduk empat.

Selain itu, anda menyertai pelbagai pertandingan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dan lumayan sepanjang pameran itu berlangsung. 

Jangan lupa untuk berehat sebentar sambil menikmati Nasi Hijau Sate Rusa dan Air Kelapa Sarang Walit

Armada Jentera/Laman Jentera

Rasai juga pengalaman menelusuri ladang sambal menaiki kereta api mini Monorack Train bersama keluarga

Nantikan kemunculan istimewa maskot Armada Jentera yang menyerupai watak Transformers

Pineapple Planet/Laman Nanas

Jika berkunjung ke sini anda boleh melihat demonstrasi membuat benang dan kertas daripada serat nanas

Selain berpeluang menikmati kesegaran rasa aiskrim nanas yang istimewa daripada karavan khas

Laman Padi

Saksikan pemandangan sawah padi ungu yang sangat jarang berlaku di sini. Kepada sesiapa yang sukakan aktiviti lasak, boleh mencuba sukan bola bendang dan menyerkap ikan keli dalam bendang yang pastinya menjanjikan keseronokan selain dapat mengimbau kenangan membesar di kampung

Tidak lengkap kunjungan anda ke sini jika tidak mencuba keenakan masakan kampung yang sangat jarang diperolehi seperti pulut ikan pekasam dan ubi kayu cicah sira nipah.

Rhythm of The Farmers

Cetusan idea Acara ini melibatkan artis popular dan persembahan kebudayaan dari pelusuk negeri, di  sertai kilauan lampu sensasi dan persembahan tarian tradisional. 

Acara yang dibuka dari  pukul 10.30 pagi  hingga 12.00 malam, ini adalah percuma.  Di antara artis-artis yang akan menghiburkan anda ialah:  

•    Sabtu 3 Disember “Malam Nusantara”: Wali Band, Sakura Band, Akim & The Majistrate

•    Ahad 4 Disember: Shila Amzah & Family

•    Jumaat 9 Disember “Go Local”: Khalifah, Projector Band, Man Bai, Ali Terrarosa

•    Sabtu 10 Disember “Otai Rock Kembali”: Ramli Sarip, Abiet G Adie, Yazid & Search Tribute Band

•    5-8 Disember: Battle of the Band

•    Selain itu, pelbagai ‘pocket shows’ dan persembahan lain telah turut dirancang sepanjang 11 hari berlangsungnya #MAHA2016.

Castle of Fruits

Setiap kali balik dari MAHA, jangan lupa singgah di Castle of Fruits dan Laman Tiba 1 untuk membawa pulang pelbagai jenis buah-buahan selain anak-anak pokok dan tumbuhan hiasan bunga-bungaan sebagai kenang-kenangan berkunjung ke MAHA.

Sekiranya anda pulang dengan belian barangan yang banyak, tidak perlu risau dengan bebanan tersebut kerana pihak FAMA ada menyediakan motosikal roda tiga untuk kemudahan pengunjung mengangkut barangan ke kenderaan masing-masing.

 
  • oleh
  • Advertisement