Anda di sini

Bakal tampil satu kelainan , MAHA2016 perkenal konsep ‘agrotainmen’

Advertisement
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kanan) bersalaman dengan Yazid Search
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kanan) bersalaman dengan Yazid Search

EKSPO agromakanan terbesar negara, iaitu Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016) bakal menampilkan satu kelainan tahun ini kerana buat pertama kali, elemen hiburan akan disuntik di dalam penganjurannya dari 1 hingga 11 Disember nanti di MAEPS Serdang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan bahawa satu festival muzik yang dinamakan “Rhythm of the Farmers” (ROTF) bakal diadakan semasa MAHA 2016.

“Menerusi MAHA kali ini, kita mahu memperkenalkan konsep ‘agrotainmen’, sebagai satu cara untuk menarik masyarakat kepada pertanian menerusi hiburan.

 “Ini adalah kerana pengeluaran makanan perlu dilipatgandakan supaya kita lebih bersedia untuk menyokong pembangunan negara yang lebih pesat pada masa depan. Ini memerlukan penglibatan lebih ramai pengusaha, terutama golongan muda,”katanya.

Antara barisan artis popular yang akan melakukan persembahan termasuklah Akim & The Majistret, Yazit Search, Ramli Sarip, Abiet G Adie, Man Bai, Projector Band, Khalifah, Wali Band, dan Sakura Band.

Festival muzik ROTF satu daya penarik bagi golongan muda : Yazid Search

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (tiga dari kiri) menerangkan sesuatu pada Yazid Search (dua dari kiri).
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (tiga dari kiri) menerangkan sesuatu pada Yazid Search (dua dari kiri).

Dalam perkembangan lain, bagi pemain dram kumpulan rock legenda, Search, Yazid Ahmad, festival muzik ROTF ini adalah satu daya penarik bagi golongan muda untuk berkunjung ke MAHA2016.

“Bagi saya festival dan muzik adalah dua perkara yang tidak dapat kita pisahkan kerana ia boleh menarik minat orang ramai untuk berkunjung ke MAHA sekaligus dapat meningkatkan lagi taraf industri muzik pada dunia luar,”

“Selain dapat menikmati makanan atau buah-buahan yang dijual, pengunjung juga dapat berhibur bersama keluarga. Untuk persembahan saya pada malam 4 Desember ini, saya akan diiringi oleh anak didik saya sendiri iaitu adik Hazury, Kumpulan Triovocal dan Kumpulan Retrospektif.

“Kami akan mendendangkan sebanyak 13 buah lagu dan saya harap ianya dapat memberikan impak yang positif buat pengunjung,”katanya ketika ditemubual wartawan Utusan Borneo.

Tambah beliau lagi, MAHA2016 bukan sekadar ekspo agromakanan tetapi turut merangkumi semua aspek iaitu hiburan, kebudayaan, perniagaan dan lain-lain. 

“Ia adalah satu ekspo mempunyai acara-acara yang boleh disertai oleh pelbagai lapisan umur  dan pengunjung berkongsi pengetahuan dengan keluarga mereka mengenai pelbagai perkara menarik berkaitan pertanian,”

“Contohnya seperti buah durian belanda, ada di kalangan anak-anak yang menganggap buah  ini macam durian tapi sebenarnya berbeza. Jadi melalui MAHA2016, mereka boleh belajar melihat sendiri kepelbagaian agromakanan di negara kita”

“Sehubungan itu, saya mengajak seluruh warga Malaysia  termasuk pengunjung luar untuk sama-sama hadir memeriahkan sambutan MAHA2016,” katanya.

Selain ROTF, elemen ‘agrotainmen’ turut disemarakkan dalam MAHA 2016 menerusi beberapa tarikan lain, contohnya Kampung Durian Runtuh Upin dan Ipin, Kampung Mak Cun serta tapak perkhemahan AgroYouth Camp.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menimba pengalaman menarik di #MAHA 2016 bertempat di di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) di Selangor dari 1-11 Disember, 2016.

TEMUINYA DI #MAHA2016!   

Persembahan Yazid Search pada $ Disember ini akan akan diiringi oleh anak didiknya sendiri iaitu adik Hazury, Kumpulan Triovocal dan Kumpulan Retrospektif
Persembahan Yazid Search pada $ Disember ini akan akan diiringi oleh anak didiknya sendiri iaitu adik Hazury, Kumpulan Triovocal dan Kumpulan Retrospektif
  • oleh
  • Advertisement