Anda di sini

Kerajaan Sarawak proaktif rancang masa depan

Advertisement
 Morshidi (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama peserta forum ‘Perspektif Ekonomi Sarawak (Post-Bajet 2017)’ baru-baru ini, Khamis lepas.

BINCANG BAJET: Morshidi (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama peserta forum ‘Perspektif Ekonomi Sarawak (Post-Bajet 2017)’ baru-baru ini, Khamis lepas.

Forum ‘Perspektif Ekonomi Sarawak (Post-Bajet 2017)’ diada tepat pada masanya

KUCHING: Kerajaan negeri mengambil langkah proaktif dalam perancangan masa depan selepas pengumuman Bajet 2017 baru-baru ini dengan menganjurkan satu forum pada Khamis lepas.

Forum bertajuk ‘Perspektif Ekonomi Sarawak (Post-Bajet 2017)’ ini telah dihadiri oleh lebih daripada 120 peserta dengan kebanyakannya dari kalangan pegawai kanan kerajaan serta wakil-wakil badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani berkata forum ini diadakan tepat pada masanya.

Dalam amanatnya kepada peserta forum, Morshidi berkata forum setengah hari ini menyediakan platform kepada kerajaan negeri untuk mengemas kini status ekonomi semasa dan bagaimana inisiatif Bajet Persekutuan 2017 memberi impak kepada ekonomi negeri secara keseluruhannya.

Morshidi turut menekankan bahawa agensi persekutuan di peringkat persekutuan harus membantu dalam pelaksanaan Pelan Transformasi Sosio- Ekonomi Negeri (SETP) untuk menutup jurang pembangunan dan memastikan kerajaan negeri mencapai bidaan untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.

Sementara itu, penceramah jemputan dari Unit Perancangan Negeri, Khalid Mohamed yang juga Timbalan Pengarah Pembangunan Bajet menjelaskan secara terperinci mengenai rangka kerja makroekonomi Bajet Kebangsaan 2017.

Beliau turut menekankan bahawa semua perancangan ekonomi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang berasaskan hasil akan terus dilaksanakan di bawah RMK11.

Bagi memperkukuhkan, pencapaian hasil bajet, semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi berkanun akan fokus kepada projek pembangunan berimpak tinggi, kos rendah dan pelaksanaan cepat.

Pendekatan ini akan menyediakan nilai tambahan kepada rakyat dan masyarakat secara keseluruhannya.

Bagi Sarawak, fokus utama masih ke atas transformasi luar bandar.

Perbelanjaan kerajaan adalah kritikal dan penting bagi pembangunan sosioekonomi di negeri.

Forum ini merupakan anjuran Institut Kepimpinan dalam kluster perancangan sektorial dan makroekonomi dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri dan Unit Perancangan Negeri, Jabatan Perdana Menteri.

 

Advertisement