Anda di sini

POPULAR Mega Bookfair kembali lagi

 Antara buku-buku yang akan ditawarkan.

PELBAGAI PILIHAN: Antara buku-buku yang akan ditawarkan.

KUCHING: Pesta Buku Terunggul ‘POPULAR Mega Bookfair’ kini kembali lagi ke Sarawak yang menawarkan pelbagai promosi hebat dan aktiviti menarik yang akan diadakan di Pusat Beli-Belah CityONE pada 23 Disember 2016 hingga 2 Januari 2017.

Menurut jurucakap POPULAR, para pengunjung akan berpeluang untuk menikmati pelbagai tawaran hebat, termasuk buku beraneka jenis dan bahasa, alat tulis, muzik, multimedia dan lain-lain.

Sempena pesta buku itu, POPULAR turut mengadakan Projek Amal ‘Christmas Gift Bank’ dan untuk itu pengunjung dijemput untuk menyertai projek amal tersebut.

Projek amal itu selaras dengan peranan sosial POPULAR selaku warga korporat yang bertanggungjawab.

POPULAR mempelawa pembaca di Kuching menyokong kempen itu dengan membeli hadiah yang bernilai sekurang-kurangnya RM15 dari mana-mana kedai POPULAR di Kuching atau di POPULAR Mega Bookfair di CityONE.

Hadiah yang dikumpul akan didermakan kepada dua rumah anak yatim di Sarawak, iaitu Rumah Amal Nur Murni dan Rumah Kanak-Kanak Kuching Sarawak.

Antara promosi terunggul, ‘Promosi Daily Specials’ yang paling dinanti-nantikan dengan menawarkan lebih daripada 160 produk terpilih akan dijual dengan harga yang paling rendah setiap hari sepanjang tempoh Mega Bookfair.

Produk-produk yang ditawarkan dalam promosi Daily Specials termasuk bukubuku, alat-alat tulis, cakera padat muzik, produk multimedia dan banyak lagi.

Selain itu, dengan setiap pembelanjaan RM80 (tetap) dan ke atas dalam satu resit pada hari yang sama, para pengunjung akan menerima baucar promosi POPULAR bernilai RM10.

Pengunjung yang berbelanja minimum RM150 (tetap) pula akan mendapat satu payung POPULAR edisi terhad.

Selain itu, tawaran menarik untuk Pembaca Utusan Borneo pula, boleh menikmati tawaran hebat semasa mengunjungi Mega Bookfair selama 11 hari ini.

Salah satu tawaran disediakan adalah ‘Kuiz Jawab dan Menang’ yang memberikan peluang kepada para pengunjung untuk memenangi bukubuku terpilih dan baucar tunai POPULAR.

Pembaca hanya perlu menggunting dan mengemukakan kupon ‘Kuiz Jawab dan Menang’ yang dipaparkan di akhbar Utusan Borneo layak untuk menyertai kuiz tersebut yang akan diadakan di pentas utama.

Pembaca Utusan Borneo juga boleh menikmati promosi hebat produk terpilih yang ditawarkan dengan harga eksklusif.

“Anda hanya perlu mengemukakan kupon yang dipaparkan untuk menikmati promosi tersebut,” kata POPULAR.

Pada pesta buku itu, sesi demonstrasi memasak bersama- sama Chef Selebriti juga diadakan yang mana pengunjung yang ingin mempelajari masakan tradisi dan terkini dijemput untuk menghadiri sesi demonstrasi memasak pada 31 Disember di Mega Bookfair di Kuching.

Penulis buku resipi terlaris Cef Hanieliza, Cef Fazalina dan Cef Norzailina akan berkongsi resipi bersilih ganti dari jam 1 petang hingga 4 petang.

Para pengunjung ke Mega Bookfair juga berpeluang untuk bertemu dengan penulis tempatan terkenal antaranya, penulis ‘No Ordinary Love’, Sonia Mael dan penulis ‘Once Upon A Miao’, Jian Goh.

Mereka akan mengadakan sesi beramah mesra dengan peminat pada 26 dan 31 Disember ini dan para peminat dijemput hadir untuk memeriahkan sesi tersebut.

Pertandingan dan aktiviti menarik untuk kanak-kanak juga diadakan antaranya, karnival ‘My 1st Green Step’ untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 16 tahun bagi menimba ilmu kitar semula yang tidak dapat dipelajari di sekolah.

Aktiviti itu akan diadakan di pentas utama setiap hari selama tempoh Bookfair, dari 12 tengah hari hingga 5 petang.

Malah, peserta boleh menebus sebotol air BROS selepas berjaya menyelesaikan kesemua lima misi riang ria yang disediakan.

Botol air BROS hanya terhad kepada 100 peserta setiap hari hujung minggu, siapa cepat dia dapat dan kanak-kanak yang ingin menyertai pertandingan itu perlu mendaftar terlebih dahulu di laman web http://bit.ly/kcorecyle2016 secara percuma.

Di samping itu, Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu ‘Saya Ada Cerita’ Peringkat Sekolah Rendah juga akan berlangsung di Mega Bookfair.

Penyertaan terbuka kepada pelajar sekolah rendah berumur 7 hingga 12 tahun pada 30 Disember dan para pemenang berpeluang untuk memenangi hadiah baucar bernilai RM2,000 yang ditaja oleh Johan Speaking Academy.

Peserta perlu mendaftar diri di laman web http://bit.ly/ kcocerita16 untuk menyertai.

Sekali lagi, POPULAR juga menganjurkan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak ‘Save Our Ocean’ pada 29 Disember 2016.

Pertandingan akan dibuka kepada dua kategori iaitu Kategori A untuk kanakkanak berusia 5 hingga 8 tahun manakala Kategori B untuk kanak-kanak berusia 9 hingga 12 tahun dengan menawarkan hadiah lumayan berjumlah RM4,000 tajaan Faber-Castell.

Untuk menyertai, ibu bapa perlu hantar borang dan bayaran penyertaan RM5 ke cawangan POPULAR di Kota Kinabalu atau layari http://bit.ly/mbfcc16 untuk mendaftar.

Seramai 100 peserta pertama bagi setiap kategori akan menerima cenderahati RM10 di tempat pertandingan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.popular.com.my, laman Facebook POPULAR atau hubungi Perkhidmatan Pelanggan POPULAR di 1 300 88 6336 pada waktu pejabat.