Anda di sini

Ekspo ICT Sarawak 2016 di Miri bermula hari ini

 Soo (lima kiri) bersama wakil Acer yang terlibat bagi mempromosikan produk Acer mempelawa orang ramai mengunjungi Ekspo ICT Sarawak 2016 bermula hari ini hingga Ahad di Stadium Tertutup Miri.

DAPATKAN PRODUK ACER: Soo (lima kiri) bersama wakil Acer yang terlibat bagi mempromosikan produk Acer mempelawa orang ramai mengunjungi Ekspo ICT Sarawak 2016 bermula hari ini hingga Ahad di Stadium Tertutup Miri.

MIRI: Bersempena dengan Ekspo ICT Sarawak 2016 di Miri yang bermula pada hari ini, Jumaat (2 Disember) hingga Ahad ini, Acer yang di antara terlibat dalam ekspo terbabit menawarkan pelbagai promosi produknya selama tiga hari berkenaan.

Pengurus Jualan dan Perkhidmatan Acer Sdn Bhd Cawangan Miri, Richard Soo berkata, promosi yang ditawarkan tersebut ialah memberi peluang kepada warga di sini untuk mendapatkan produk terbaharu Acer.

“Untuk ekspo kali ini, Acer menawarkan tiga komputer riba terbaharu iaitu Acer Swift 7, Acer Swift 3 dan Acer Spin 5 dengan masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaannya tersendiri.

“Apa yang menarik ialah Acer Swift 7 lebih nipis dan berat 1.1 kg yang mempunyai 7th Gen Intel Core i5 Processor serta baterinya bertahan sehingga 9 jam.

“Manakala Acer Swift 3 yang sangat ringan dengan warna terkininya iaitu Luxury Gold, sementara Acer Spin 5 yang mempunyai 360 darjah dual-torque bagi memudahkan pengguna serta mempunyai ketahanan bateri sehingga 10 jam,” jelasnya dalam sidang media di sini semalam.

Katanya, ketiga-tiga produk terbabit bersesuaian dengan kehendak pelanggan serta teknologi masa kini dengan harga berpatutan untuk para pelanggan yang berkunjung ke ekspo tersebut.

Selain itu katanya, pelanggan yang membeli antara tiga produk berkenaan turut berpeluang mendapatkan pakej penginapan bernilai RM800 untuk tiga hari dua malam di beberapa hotel yang ditawarkan oleh Acer.

“Pakej istimewa ini berdasarkan konsep ‘siapa cepat, dia dapat’ yang membolehkan pelanggan memilih beberapa hotel yang dtawarkan bagi penginapan tiga hari dua malam yang bernilai RM800.

“Tawaran adalah sangat terhad, hanya boleh didapatkan dalam tiga hari ekspo tersebut, jadi jangan lepaskan peluang,” ujarnya sambil menambah turut terdapat beberapa tawaran yang lain untuk para pelanggan.

Dalam pada itu jelasnya, pihak Acer menerusi Highpoint Service Network Sdn. Bhd. turut menawarkan caj perkhidmatan percuma kepada pelanggan Acer.

“Mereka yang mempunyai produk Acer khususnya komputer riba atau komputer yang bermasalah boleh mendapatkan peluang ini dengan tiada bayaran caj perkhidmatan untuk tiga hari berkenaan.

“Kami yakin ada di kalangan pelanggan yang tidak mahu menghantar gajet mereka yang bermasalah kerana bimbang caj perkhidmatan yang tinggi selain caj membaiki gajet tersebut.

“Oleh itu, rebutlah peluang ini yang juga antara tawaran yang menarik kami sediakan kepada pelanggan,” katanya.

Tambah Soo, peniaga Acer yang terlibat dalam ekspo berkenaan ialah IT Store dan PC Image.

Mereka yang ingin mendapat pelbagai produk Acer turut boleh mendapatkan informasi dan khidmat pembelian di kedua-dua peniaga Acer terbabit.

Ekspo ICT Sarawak 2016 berkenaan berlangsung di Stadium Tertutup Miri mulai jam 11 pagi hingga 9 malam.