Anda di sini

Lebih 3 juta dijangka kunjungi #MAHA2016

Advertisement

#MAHA2016 yang bakal berlansung di 2016 di MAEPS, Serdang di antara 1 sehingga 11 Disember dijangka menarik lebih tiga juta pengunjung pada tahun ini, dengan anggaran sebanyak 300 000 daripada mereka akan datang setiap hari.

Pada tahun ini, #MAHA2016 bakal menampilkan satu kelainan tahun ini kerana buat pertama kali, elemen hiburan akan disuntik di dalam penganjurannya untuk menarik minat golongan belia

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,  Datuk Seri Dr Ismail Bakar menaiki tram ke setiap lokasi #MAHA2016 bersama media
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr Ismail Bakar menaiki tram ke setiap lokasi #MAHA2016 bersama media

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,  Datuk Seri Dr Ismail Bakar, konsep #MAHA2016 pada tahun ini adalah untuk menarik lebih ramai golongan belia untuk berkunjung ke sini.

“Ia adalah satu ekspo membabitkan AgroTourism, AgroIT, AgroTrade, AgroLifestyle dan AgroYouth.   

"Di luar dewan pula, pengunjung boleh menikmati sendiri pengalaman pertanian secara 'hands-on' di tujuh laman antaranya Laman Padi, Laman Ternakan, Laman Perikanan, Laman Nanas, Laman Herba dan Sayur serta Laman Florikultur dan Laman Jentera, katanya ketika ditemui pada sesi lawatan bersama media ke tapak MAHA 2016, semalam

Ditanya tentang kemudahan awam, Ismail menjelaskan bahawa pihak penganjur telah menyediakan 180 kenderaan seperti bas, trem, kereta dan gerabak untuk membawa pengunjung dari tempat letak kereta ke mana-mana 20 perhentian yang ditetapkan.

“Kita turut menyediakan 7000 tempat letak kereta dan sebanyak 17 tram akan berjalan untuk membantu pengunjung untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Kita juga turut menyediakan shuttle bus dari IOI City Mall dan KTM Komuter Serdang,”katanya.

Kemudahan lain adalah termasuk lapan kaunter maklumat yang terletak di lokasi-lokasi strategic , 23 surau, lebih daripada 350 gerai makanan termasuk trak makanan dan 670 tandas termasuk untuk OKU untuk kemudahan pengunjung.

Menurut Ismail lagi, di #MAHA2016  kali ini juga terdapat pavilion negeri yang masing-masing menampilkan reka bentuk unik, budaya, pameran dan makanan tersendiri

Selain itu, tarikan yang sentiasa popular dalam kalangan pengunjung ialah jualan bahan pertanian dan makanan, antaranya 100 menu juadah popular dari 13 negeri.

"Beberapa segmen baru turut diperkenalkan tahun ini iaitu Kampung Durian Runtuh Upin dan Ipin  untuk kanak-kanak manakala untuk orang muda dan belia diadakan tapak perkhemahan serta pesta muzik Rhythm of the Farmers.

"Manakala segmen untuk orang dewasa dan usahawan kecil pula kita adakan Kampung Mok Cun yang membabitkan selebriti siri berkenaan," katanya.

Pada masa sama, sebanyak 150 tan buah-buahan tempatan disediakan kepada pengunjung sempena #MAHA2016. Lebih 50 jenis buah-buahan termasuk yang sukar diperoleh dari Sabah dan Sarawak seperti buah tarap seperti tarap dan terung asam boleh dibeli pengunjung di Istana Buah-Buahan (Castle of Fruits) yang disediakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak (kiri) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr Ismail Bakar menunjukkan tumbuhan bunga orkid liar pada wartawan
Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak (kiri) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr Ismail Bakar menunjukkan tumbuhan bunga orkid liar pada wartawan

Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak berkata, di Castle of Fruits, terdapat 108 lot gerai yang menjual buahan-buahan tempatan serta pelbagai produk pertanian lain.

"FAMA turut menyediakan tiga juta tongkol jagung manis untuk dijual kepada pengunjung sepanjang 11 hari pameran berlangsung dan jagung ini dijual pada harga yang jauh lebih berpatutan daripada harga pasaran dan orang ramai jangan ketinggalan untuk mencubanya," katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.maha.gov.my atau www.facebook.com/maha.gov.my

Di antara tarikan-tarikan menarik #MAHA2016

 

HIBURAN AGROTAINMENT - Festival Muzik ROTF (Rhythm of the Farmers)

Acara ini melibatkan artis popular dan persembahan kebudayaan dari pelusuk negeri, di  sertai kilauan lampu sensasi dan persembahan tarian tradisional.  Acara yang dibuka dari  pukul 10.30 pagi  hingga 12.00 malam, ini adalah percuma.  Di antara artis-artis yang akan menghiburkan anda ialah:  

  • Sabtu 3 Disember “Malam Nusantara”: Wali Band, Sakura Band, Akim & The Majistrate
  • Ahad 4 Disember: Shila Amzah & Family
  • Jumaat 9 Disember “Go Local”: Khalifah, Projector Band, Man Bai, Ali Terrarosa
  • Sabtu 10 Disember “Otai Rock Kembali”: Ramli Sarip, Abiet G Adie, Yazid & Search Tribute Band
  • 5-8 Disember: Battle of the Band
  • Selain itu, pelbagai ‘pocket shows’ dan persembahan lain telah turut dirancang sepanjang 11 hari berlangsungnya #MAHA2016.
 

UPIN & IPIN (KAMPUNG DURIAN RUNTUH)
Khas untuk kanak-kanak, yang sudah pasti akan terhibur dengan gelagat Upin & Ipin serta rakan-rakan di di kampung mereka, Kampung Durian Runtuh. 

 

MOK CUN
Saksikan kemunculan Erma Fatima dan selebriti-selebriti siri TV Kampung Mok Cun, khas untuk orang dewasa terutamanya usahawan kecil.

 

PETTING ZOO
Sudut yang memberikan peluang kepada anak-anak anda untuk berinteraksi serta mengenali lebih dekat haiwan-haiwan kesukaan mereka, terutama sekali yang biasanya terdepat di ladang-ladang seperti kambing, kuda, lembu dan juga haiwan-haiwan yang biasanya dibela di dalam rumah.

 

MY YOUTH CAMP
Tidak perlu pening kepala lagi untuk memilih perkhemahan sesuai bagi anak-anak remaja anda kerana di tapak #MAHA2016 sendiri akan diadakan perkhemahan khas untuk mereka dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti senamrobik, interaksi bersama pemimpin, larian 5km/10mkm, jungle trekking dan sebagainya.

 

JELAJAH 13 NEGERI DALAM SATU HARI
Anda sebenarnya melawat 13 negeri lain apabila ke #MAHA2016 kerana ia turut memaparkan 14 pavilion negeri (termasuk Selangor) yang akan memaparkan keunikan dan keistimewaan hasil pertanian negeri masing-masing, di samping turut mengadakan jualan dan pertunjukan kebudayaan.

Ini ditambah pula dengan penjualan hasil-hasil tangan setiap negeri tersebut yang boleh dijadikan hiasan menarik di dalam rumah.

Saksikan demonstrasi chef selebriti menyediakan 168 sajian makanan popular dari kesemua negeri-negeri tersebut.

 

SYURGA MAKANAN
Malaysia dikurniakan dengan kepelbagaian hasil pertanian, kekayaan budaya serta keunikan tradisi negeri, dan ia membentuk satu “Empayar Makanan” yang diwariskan dari generasi ke generasi mengikut citarasa seluruh masyarakat negara ini. 

  • oleh
  • Advertisement