Anda di sini

1,056 graduan UNIMAS terima Ijazah Sarjana Muda

Advertisement

// Oleh Patricia Gari //

 Mohamad Kadim mendahului perarakan memasuki Arena Gemilang DeTAR Putra bagi Sidang Ke-4, Majlis Konvokesyen Ke-20 UNIMAS.

PERARAKAN: Mohamad Kadim mendahului perarakan memasuki Arena Gemilang DeTAR Putra bagi Sidang Ke-4, Majlis Konvokesyen Ke-20 UNIMAS.

MAJLIS Konvokesyen Ke-20 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) baru-baru ini menyaksikan 1,056 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda masing-masing.

Mereka merupakan graduan dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

Sidang keempat disempurnakan oleh Canselor UNIMAS yang juga Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Abdul Taib Mahmud.

Seperti kelaziman, majlis dimulakan dengan perarakan masuk graduan dan akademik diikuti canselor seterusnya penganugerahan Ijazah Sarjana Muda graduan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber.

Majlis diserikan lagi dengan selingan lagu yang dipersembahkan orkestra  UNIMAS dan antara lagu diperdendangkan ialah Dengarlah Gemala Hati, Gerua, Tunggu Sekejap dan Sinaran.

Naib Canselor Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suadi dalam ucapannya berkata konvokesyen kali ini mengiktiraf kejayaan seramai 3,871 graduan prasiswazah dan 404 graduan siswazah yang berjaya menamatkan pengajian masing-masing.

Tambahnya daripada jumlah itu, 67 dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah  dan ia merupakan bilangan tertinggi pernah dicapai UNIMAS sepanjang penubuhannya di Bumi Kenyalang.

Pada konvokesyen kali ini UNIMAS turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Transformasi Komuniti Luar Bandar kepada Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Numpang atas sumbangan serta jasanya kepada Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.

 Taib menganugerahkan skrol kepada salah seorang graduan pada Sidang Ke-4, Majlis Konvokesyen Ke-20 UNIMAS.

TAHNIAH: Taib menganugerahkan skrol kepada salah seorang graduan pada Sidang Ke-4, Majlis Konvokesyen Ke-20 UNIMAS.

 Sebahagian graduan menunggu giliran naik ke pentas untuk menerima skrol masing-masing.

TUNGGU GILIRAN: Sebahagian graduan menunggu giliran naik ke pentas untuk menerima skrol masing-masing.

Advertisement