Anda di sini

Kekosongan kerja di Sabah tinggi

Advertisement
 Siringan (kiri), Billy (kanan) dan Moira (dua kanan) merakamkan gambar kenangan ketika melawat salah sebuah gerai pameran pekerjaan.

LAWAT: Siringan (kiri), Billy (kanan) dan Moira (dua kanan) merakamkan gambar kenangan ketika melawat salah sebuah gerai pameran pekerjaan.

Belia dinasihat tidak memilih kerja, sektor swasta lebih banyak peluangtan ekspo berkenaan agak

KOTA KINABALU: Belia Sabah dinasihatkan tidak memilih pekerjaan berikutan kadar kekosongan pekerjaan di Sabah adalah tinggi terutama sekali dalam sektor swasta.

Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat berkata, selain itu sektor pertanian juga memerlukan lebih banyak pekerja tempatan yang mana pada masa kini majoritinya adalah pekerja asing.

“Ini menunjukkan banyak peluang pekerjaan di negara kita khususnya Sabah tetapi rakyat tempatan masih lagi berebut untuk bekerja di sektor awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Ekspo Pekerjaan Sabah 2016 anjuran Kementeriannya di sini kelmarin.

Siringan merayu kepada belia yang belum bekerja supaya mengambil apa sahaja peluang pekerjaan yang ada.

“Belia perlu mencari pengalaman bekerja dahulu sementara mencari pekerjaan lain yang diidamkan,” jelasnya.

Mengulas berkenaan kadar pengangguran dalam kalangan graduan, beliau berkata ianya semakin bertambah setiap tahun.

“Bukan sahaja ratusan tetapi lebih ramai lagi graduan yang dihasilkan oleh Institut Pengajian Tinggi (IPT), Maktab Perguruan, Kolej, dan Penawar Latihan Swasta termasuklah Institut Kemahiran.

“Ada kaitan juga bahawa mereka ini memilih bidang pekerjaan yang mana mereka tidak sanggup bekerja pada sektor pekerjaan Kotor, Sukar dan Bahaya (3D).

“Jadi kita harap, pemikiran mereka tidak ke arah itu supaya kekosongan-kekosongan pekerjaan di swasta ini terutama sekali perladangan dapat dipenuhi oleh rakyat tempatan dan kebergantungan pekerja-pekerja asing dapat dikurangkan,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 28 agensi penawar pekerjaan dan 10 usahawan yang menyertai ekspo berkenaan.

Siringan berkata, sambutan ekspo berkenaan agak menggalakkan berbanding penganjuran tahun sebelumnya dan menjangkakan kira-kira 6,000 pengunjung yang hadir pada program dua hari itu.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah Billy Yumbod dan Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Moira David.

Advertisement