Anda di sini

Pasar Raya Everwin dibuka di Taman Tunku

Advertisement
 Para penduduk tempatan mengambil kesempatan membeli-belah pada hari pembukaan rasmi Pasar Raya Everwin di Taman Tunku.

TERBAIK: Para penduduk tempatan mengambil kesempatan
membeli-belah pada hari pembukaan rasmi Pasar Raya Everwin
di Taman Tunku.

MIRI: Pasar Raya Everwin (Everwin Supermarket) se­malam menganjurkan ma­jlis pembukaan rasmi bagi cawangan pertamanya di Miri yang terletak di Taman Tunku di sini.

Dengan ruang perniagaan menjangkau 28,000 kaki persegi, ia memiliki tiga aras di mana aras bawah men­empatkan ruang pasar raya manakala aras kedua dan ketiga mempamerkan paka­ian dan produk isi rumah.

“Falsafah kami ialah mena­warkan harga yang rendah dan suasana beli-belah yang selesa untuk para pelang­gan,” kata Pengurus Besar Pasar Raya Everwin Moh Yong Ming.

“Di sini anda boleh mem­beli pelbagai sayur-sayuran yang dijual pada hanya 99 sen sekilogram dan saya tidak fikir anda akan mencari tawaran ini di tempat lain,” katanya.

Kawasan pasar raya men­empatkan buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan dan yang diimport, produk makanan dan keperluan isi rumah, daging dan juga ikan segar.

Bersempena dengan pem­bukaan baharu ini, orang ra­mai dipelawa untuk memohon kad keahlian seumur hidup Everwin dengan bayaran hanya RM5.

Menurut Moh, tidak ada yuran tahunan dan tiada ta­rikh luput untuk kad ini.

Selain tawaran harga khas untuk ahli kad, mereka boleh menggunakannya di selu­ruh pasar raya Everwin di Sarawak.

Pasar Raya Everwin memi­liki cawangan di Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Batu Niah; dan menurut Moh, syarikat itu bercadang untuk membuka cawangan baharu di Kuching, Serian dan Sri Aman pada masa hadapan.

Dengan lokasinya yang strategik, ia merupakan tem­pat yang ideal bagi penduduk Taman Tunku dan dari ka­wasan perumahan berdekatan untuk membeli keperluan harian mereka di bawah satu bumbung yang besar.

Advertisement