Anda di sini

Santai bersama keluarga @#MAHA2016

Advertisement
 

#MAHA2016 yang bakal berlansung di 2016 di MAEPS, Serdang di antara 1 sehingga 11 Disember ini pastinya menjanjikan pengalaman yang menarik buat anda seisi keluarga. 

Bagi yang masih belum mempunyai perancangan beriadah bersama keluarga pada cuti sekolah ini, #MAHA2016 pastinya tempat yang sesuai kerana selain daripada buah-buahan, sayur-sayuran serta lain-lain barangan serta perkhidmatan berkaitan pertanian, ia turut memaparkan pelbagai acara.

Selain itu,#MAHA2016 mempunyai acara-acara yang boleh disertai oleh pelbagai lapisan umur di samping turut berkongsi pengetahuan dengan keluarga anda mengenai pelbagai perkara menarik berkaitan pertanian. 

 

Berkeluasan ruang lantai seluas 42,000 meter persegi, ia meliputi beberapa dewan pameran dan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang menyeluruh, termasuk pelbagai laman pertanian dan tarikan taman. 

Di sini, pengunjung boleh melawat kesemua negeri di Malaysia melalui 13 buah pavilion negeri yang akan memaparkan pelbagai acara kebudayaan serta hidangan istimewa negeri masing-masing, bercuti dengan suasana indah berlatar belakangkan sawah padi, taman dan sebagainya, dan dapat melihat di samping menikmati buah-buahan, sayur-sayuran dan pelbagai hidangan istimewa.
    
#MAHA2016 sememangnya destinasi hujung minggu keluarga yang sesuai untuk keluarga anda.

Di antara tarikan-tarikan menarik yang akan menanti anda sekeluarga termasuklah:

1.HIBURAN AGROTAINMENT - Festival Muzik ROTF (Rhythm of the Farmers)
Cetusan idea Acara ini melibatkan artis popular dan persembahan kebudayaan dari pelusuk negeri, di  sertai kilauan lampu sensasi dan persembahan tarian tradisional. Acara yang dibuka dari  pukul 10.30 pagi  hingga 12.00 malam, ini adalah percuma.  Di antara artis-artis yang akan menghiburkan anda ialah:  

  • Sabtu 3 Disember “Malam Nusantara”: Wali Band, Sakura Band, Akim & The Majistrate
  • Ahad 4 Disember: Shila Amzah & Family
  • Jumaat 9 Disember “Go Local”: Khalifah, Projector Band, Man Bai, Ali Terrarosa
  • Sabtu 10 Disember “Otai Rock Kembali”: Ramli Sarip, Abiet G Adie, Yazid & Search Tribute Band
  • 5-8 Disember: Battle of the Band
  • Selain itu, pelbagai ‘pocket shows’ dan persembahan lain telah turut dirancang sepanjang 11 hari berlangsungnya #MAHA2016.

2.PETTING ZOO

3.MOK CUN

4.UPIN & IPIN (KAMPUNG DURIAN RUNTUH)

5.MY YOUTH CAMP

6.LED ROSE

7.JELAJAH 13 NEGERI DALAM SATU HARI

8.SYURGA MAKANAN

 

Selain itu, para pengunjung akan turut diberikan tawaran istimewa untuk pembelian buah durian belanda, yang akan dipromosikan sebagai ‘fruit of the event’, tiga juta tongkol jagung dan produk berasaskan jagung, buah-buahan terpilih yang dijual menurut sukatan baldi dengan harga RM5 sebaldi dan sebagainya,

Jangan lepaskan peluang anda untuk menimba pengalaman menarik di #MAHA 2016 bertempat di di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) di Selangor dari 1-11 Disember, 2016.

TEMUINYA DI #MAHA2016!   

  • oleh
  • Advertisement