Anda di sini

Potongan harga sehingga 60% barangan Sharp di GAP

Advertisement
 Hiew Tze Chiang (tengah) bersama tetamu jemputan ketika memotong riben sebagai simbolik pembukaan rasmi cawangan baharu kedai konsep Sharp di Jalan Matang, semalam.

DIBUKA RASMI: Hiew Tze Chiang (tengah) bersama tetamu jemputan ketika memotong riben sebagai simbolik pembukaan rasmi cawangan baharu kedai konsep Sharp di Jalan Matang, semalam.

KUCHING: Grand Audio Products Sdn Bhd (GAP) mengadakan jualan promosi bermula 22 hingga 30 November ini sempena pembukaan cawangan baharu kedai barangan Sharp di Swan Commercial Centre, Batu 4, Jalan Matang.

Sharp-Roxy Sales & Services Company (M) Sdn Bhd (SRSSC) bersama rakan niaga, GAP melancarkan cawangan kelima kedai konsep Sharp di Sarawak.

Sehubungan itu, cawangan baharu yang dikendalikan GAP itu menawarkan potongan harga sehingga 60 peratus sempena pelancaran tersebut.

Pengarah Urusan GAP, Hiew Tze Chiang ketika ditemui berkata, premis tersebut merupakan cawangan kedua yang diurus oleh pihaknya selain cawangan pertama yang beroperasi di Jalan Stephen Yong.

“Sempena pelancaran ini, kita mengadakan jualan promosi yang menawarkan potongan harga sehingga 60 peratus.

“Tawaran ini hanya dibuat di cawangan baharu ini sahaja,” katanya selepas majlis pembukaan rasmi cawangan baharu kedai konsep Sharp, semalam.

Sementara itu, Pengurus Cawangan SRSSC Kuching Johny Chan berkata, pembukaan baharu itu dijangka meningkatkan pendedahan jenama Sharp di pasaran Kuching.

Katanya, lokasi yang strategik dan sedang berkembang memberi kelebihan untuk memudahkan pengguna berkunjung premis jualan.

“Selain penjenamaan, perkongsian dengan GAP merupakan kerjasama untuk meluaskan liputan pasaran,” katanya.

Beliau turut mendedahkan dua lagi cawangan baharu akan dibuka di Sarawak yang kini sudah mempunyai 20 cawangan di seluruh negara.

Advertisement