Anda di sini

MAHB digesa guna pakai sistem pemantauan berteknologi tinggi di lapangan terbang

Advertisement

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menggesa Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) segera mengguna pakai sistem pemantauan berteknologi tinggi, ThruVis.

Dalam satu kenyataan semalam Presidennya Datuk Hamzah Rahmat berkata MAHB mesti segera menguasai teknologi baharu dan sentiasa kehadapan bagi menangani isu pelanggaran keselamatan.

“Kos mengguna pakai teknologi canggih mungkin tinggi, namun kos yang ditanggung akan lebih tinggi jika keselamatan tidak diberikan keutamaan.

“MAHB akan mendapat semula pelaburannya menerusi angka pengguna lapangan terbang yang lebih besar, dan industri pelancongan akan terus berkembang dalam persekitaran yang selamat dan terjamin,” katanya.

Hamzah berkata tindakan itu juga akan menaikkan kedudukan Malaysia daripada menggunakan sistem keselamatan lapangan terbang Dunia Ketiga kepda lapangan terbang utama di dunia.

ThruVis, yang kini diguna pakai oleh 15 negara, termasuk Amerika Syarikat, merupakan peralatan pengawasan yang sangat sensitif, yang dibangunkan di UK.

Sistem itu dikatakan dapat mengesan sesiapa sahaja yang memakai jaket bom atau membawa senjata yang disembunyikan, dari jarak jauh, dengan kadar kejayaan 100 peratus. — Bernama

Advertisement