Anda di sini

Peserta BERSIH langgar dua peraturan APA 2012

Advertisement

KOTA KINABALU: Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra mengesahkan peserta perhimpunan BERSIH 5 melanggar dua peraturan mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Katanya, pihaknya mendapati peserta perhimpunan melakukan kesalahan mengikut Seskyen 9 (5) APA 2012 berikutan menjalankan perhimpunan tanpa notis yang lengkap kepada pihak berkuasa.

Tambahnya, peserta perhimpunan turut didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4 (2) (c) kerana melakukan protes jalanan.

“Kita akan membuka kertas siasatan berhubung dua kesalahan terbabit dan akan memanggil penganjur perhimpunan bagi menjalankan siasatan berhubung perkara ini.

“Polis juga akan memanggil beberapa peserta perhimpunan yang sudah dikenalpasti identiti dan personaliti bagi menjalankan merakam percakapan mereka dalam masa terdekat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui di tapak perhimpunan BERSIH 5 di Taman Ujana Rimba Tropika Jalan Penampang di sini kelmarin.

Chandra berkata meskipun peserta perhimpunan yang dianggarkan kira-kira seramai 650 hingga 700 orang tidak melakukan sebarang perkara tidak diingini tetapi peserta dikesan menyebabkan beberapa insiden kurang menyenangkan berlaku.

“Peserta perhimpunan didapati berkumpul di tiga lokasi termasuk perkarangan bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Sempelang Sembulan, dan Taman Fortuna Luyang sebelum bergerak ke lokasi perhimpunan.

“Pergerakan dalam kumpulan yang besar terbabit menyebabkan sedikit kesesakan semasa mereka menahan kereta untuk melintas jalan terutamanya di hadapan bangunan Wisma Muis dan Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Jalan Kemajuan,” katanya.

Katanya, peserta perhimpunan juga hanya menjalankan beberapa aktiviti termasuk ceramah dan nyanyian sehingga ditamatkan jam 5.30 petang kelmarin.

Advertisement