Anda di sini

Berlibur sambil belajar di #MAHA2016

Advertisement

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (#MAHA 2016) yang memasuki hari keenam penjelajahannya terus berlangsung meriah dan disertai masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Walaupun dengan keadaan cuaca yang tidak menentu tidak menghalang ribuan masyarakat membanjiri tapak pameran #MAHA2016. Malah ada yang datang seawal pukul 10 pagi bersama keluarga dan rakan-rakan mereka.

Erwan mengambil kesempatan cuti sekolah untuk membawa anak serta isteri beriadah serta meluangkan masa bersama
Erwan mengambil kesempatan cuti sekolah untuk membawa anak serta isteri beriadah serta meluangkan masa bersama

Pengunjung dari Shah Alam, Erwan,38, berkata, dia mengambil kesempatan cuti sekolah untuk membawa anak serta isteri beriadah serta meluangkan masa bersama.

“Ini kali pertama saya datang ke #MAHA2016 dan saya lihat ia mempunyai kepelbagaian aktiviti  menarik yang membolehkan pengunjung meluangkan masa bersama keluarga di sini,”

“Kami sekeluarga datang bersama-sama merasai keseronokan bersantai selain menimba ilmu tentang industri pertanian di Malaysia. Bagi saya ini adalah acara yang menarik kerana ia mempunyai pelbagai aktiviti yang melibatkan semua peringkat umur,”katanya ketika ditemu bual wartawan Utusan Borneo di tapak pameran #MAHA@)2016 semalam.

Syahmi, Wani dan Syikin teruja melihat pemandangan sawah padi ungu di Laman Padi
Syahmi, Wani dan Syikin teruja melihat pemandangan sawah padi ungu di Laman Padi

Berlainan pula kisahnya dengan dua beradik Syikin dan Syahmi yang teruja melihat pemandangan sawah padi yang terletak di Laman Padi.

Menurut Syikin, ia satu merupakan satu pengalaman baharu bagi dirinya kerana pihak penganjur dapat meyediakan tapak tanaman sawah padi untuk dilihat secara dekat oleh orang awam.

“Di sini, saya juga dapat mempelajari tentang jenis-jenis beras yang telah diusahakan oleh petani-petani di Malaysia. Sebelum ini, saya tahu makan sahaja tapi tidak tahu jenis beras dan bagaimana ianya dihasilkan secara menyeluruh,”selorohnya.

 Lembu Sado di Laman Ternakan
Tarikan menarik : Lembu Sado di Laman Ternakan

Bagi Syahmi pula, selain Laman Beras, dia begitu tertarik dengan ternakan Lembu Sado di Laman Ternakan.

Kambing bertanduk empat antara haiwan unik yang di pamerkan di Laman Ternakan
Kambing bertanduk empat antara haiwan unik yang di pamerkan di Laman Ternakan

“Saya ingat manusia saja mampu membina badan menjadi sado, rupa-rupanya lembu juga boleh jadi sado. Saya seronok kerana banyak binatang unik seperti lembu sado dan kambing bertanduk empat yang saya boleh lihat,”ujarnya.

Rusidy Rosli mengambil kesempatan yang ada untuk membuat pengenalan kad pengenalan (pet passport) haiwan peliharaan kesayangan di Laman Ternakan
Rusidy Rosli mengambil kesempatan yang ada untuk membuat pengenalan kad pengenalan (pet passport) haiwan peliharaan kesayangan di Laman Ternakan

Bagi pemilik kucing baka maine coon, Rusidy Rosli, 25, dia mengambil kesempatan #MAHA2016 untuk turut serta dalam pertunjukan kucing yang diadakan di Ladang Ternakan.

“Saya tidak melepaskan peluang datang setiap kali penganjuran MAHA, kali ini saya rasa lebih bermakna kerana saya berpeluang untuk menyertai pertunjukan kucing ini,”

“Di kesempatan ini, saya juga dapat membuat pengenalan kad pengenalan (pet passport) haiwan peliharaan kesayangan saya ini. Bagi sesiapa yang mahu membuat kad pengenalan haiwan peliharaan mereka, saya cadangkan anda semua berkunjung ke Laman Ternakan ini,”katanya.

Laman Nanas
Laman Nanas

Tinjauan wartawan Utusan Borneo ke lokasi Laman Jentera dan Laman Nanas juga turut mendapati tapak pameran tersebut juga sesak dikunjungi orang ramai daripada pelbagai lapisan usia. 

Ajit teruja melihat jentera yang digunakan dalam industri pertanian negara
Ajit teruja melihat jentera yang digunakan dalam industri pertanian negara

Bagi Ajit, 28, ini adalah kali pertama dia melihat dengan mata sendiri jentera yang digunakan dalam industri pertanian dan ia membuatkan beliau teruja.

Antara jentera gergasi yang dipamerkan di Laman Jentera
Antara jentera gergasi yang dipamerkan di Laman Jentera

“Ini adalah pengalaman yang menarik bagi saya kerana saya boleh menimba lebih ilmu tentang kesemua jentera ini. Di bandar agak susah untuk melihat jentera-jentera berat ini, kalau ada pun jentera yang bersaiz kecil sahaja,”

Kereta api mini Monorack Train yang terdapat di Laman Jentera
Kereta api mini Monorack Train yang terdapat di Laman Jentera

“Selain itu, tujuan saya datang ke sini juga untuk mencuba sendiri pengalaman menelusuri ladang  menaiki kereta api mini Monorack Train,”katanya.

Siti Syuhadah pertama kali merasai aiskrim yang diperbuat dari nanas
Siti Syuhadah pertama kali merasai aiskrim yang diperbuat dari nanas

Pengunjung Laman Nanas, Siti Syuhadah, 27, dia tertarik dengan aiskrim yang diperbuat dari nanas.

“Ini kali pertama saya merasa aiskrim nanas dan saya tidak menyangka rasanya begitu unik dan menyegarkan. Lokasi tapak Laman Nanas ini juga strategik kerana ia berdekatan dengan tapak pameran yang lain,”katanya.

Info Laman Ternakan

  • Perarakan lembu-lembu berotot atau sado di Sado Parada yang berlangsung di Arena Gelanggang. 
  • Antara tarikan lain yang terdapat di sini ialah kambing kerdil atau nama saintifiknya Pygmy Goat yang berasal dari Afrika Selatan. Anda juga boleh melihat keunikan seekor kambing yang bertanduk empat.
  • Selain itu, anda menyertai pelbagai pertandingan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dan lumayan sepanjang pameran itu berlangsung. 
  • Pameran pelbagai jenis spesies baka ayam, lembu, kambing dan pelbagai lagi.

Info Armada Jentera/Laman Jentera

  • Rasai juga pengalaman menelusuri ladang sambil menaiki kereta api mini Monorack Train bersama keluarga
  • Kemunculan istimewa maskot Armada Jentera yang menyerupai watak Transformers
  • Pertandingan teka berat mesin
  • Demonstrasi jentera/peralatan pertanian
  • Pertandingan teka silang kata
  • Lucky Draw untuk pengunjung

Info Pineapple Planet/Laman Nanas

  • Demonstrasi membuat benang dan kertas daripada serat nanas
  • Selain berpeluang menikmati kesegaran rasa aiskrim nanas yang istimewa daripada karavan khas
  • Demo masakan chef selebriti dan artis tempatan
  • Mewarna kertas nanas
  • Demonstrasi raut benang nanas

Info Laman Padi

  • Demonstasi pembuatan bedak sejuk
  • Pameran jenis-jenis beras Malaysia
  • Pemandangan sawah padi Ungu
  • Kepada sesiapa yang sukakan aktiviti lasak, boleh mencuba sukan bola bendang dan menyerkap ikan keli dalam bendang yang pastinya menjanjikan keseronokan selain dapat mengimbau kenangan membesar di kampung
  • oleh
  • Advertisement