Anda di sini

Sendayan Group lancar Salim Height Apartment

Advertisement

Kawasan apartmen bebas banjir dan turut disediakan khidmat pembersihan setiap hari: Chew

// Oleh Watt Zacchaeus //

 Para kenamaan sedang melakukan simbolik pelancaran Salim Height Apartment.

RASMI: Para kenamaan sedang melakukan simbolik pelancaran Salim Height Apartment.

SIBU: Sendayan Group Of Companies telah melancarkan Salim Height Apartment di Jalan Salim (bersebelahan Pasar Raya Farley) di sini, semalam.

Apartmen setinggi tujuh tingkat ini yang mempunyai 38 unit telah mula dibina sejak setahun lebih yang lalu.

Pengurus Besar Sendayan Group Of Companies H.P Chew berkata, apartmen itu nanti akan dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam termasuk kamera litar tertutup (CCTV).

“Penduduk apartmen ini nanti akan diberikan kad pintar untuk memudahkan segala urusan keluar masuk mereka.

“Dengan adanya kad pintar ia juga adalah menjamin keselamatan penduduk di mana kawasan apartmen ini tidak boleh dimasuki sesuka hati melainkan penduduknya sendiri sahaja,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis pelancaran tersebut ialah Pengarah Urusan Sendayan Group Of Companies Lawrence Law Siew Hie.

Chew memberitahu, kedudukan apartmen ini adalah dekat dengan Pasar Raya Farley dan Pasar Raya Sing Kwong cuma seminit berjalan kaki ke sana.

Jelasnya lagi, kawasan apartmen ini juga disediakan lot letak kereta yang mencukupi di mana ia mempunyai 80 buah lot.

“Kawasan apartmen ini adalah bebas dari banjir dan turut disediakan perkhidmatan membersihkan kawasan sekeliling pada setiap hari,” katanya lagi.

Dalam kenyataan Sendayan Group Of Companies yang diberikan kepada pemberita semalam memberitahu bahawa Salim Height Apartment ini kini sudah 90 peratus siap dan para pembeli bolehlah berpindah ke situ pada awal tahun depan.

Katanya, hampir semua unit sudah ditempah dan kini hanya tinggal berapa unit sahaja lagi.

Apartment ini menawarkan harga dari RM200,000 ke atas mengikut saiznya.

Ia mempunyai tiga bilik tidur, ruang tamu, dapur, berandah dan banyak lagi.

Unit pamerannya mulai dibuka pada hari ini (semalam) dari jam 9 pagi hingga jam 5.30 petang pada setiap hari termasuk hari Sabtu dan Ahad sehinggalah ia habis dijual.

Orang ramai bolehlah berkunjung ke unit pamerannya di Jalan Salim (bersebelahan dengan Pasar Raya Farley).

Sebarang pertanyaan lanjut diminta menghubungi bahagian jualan dan pemasaran syarikat tersebut di talian 016-8706998, 019-8560800, 016-3326500, 019-8276500, pejabatnya yang terletak di atas Farley Cafe (084-218000), [email protected] atau mengunjungi unit pamerannya.

Sementara itu, Sendayan Group Of Companies turut terlibat dengan pembinaan rumah teres dan rumah Semi-Detached di Bukit Penyau, Jalan Trusan dan Sibu Jaya, apartment di sebelah Pasar Raya Star Mega Mall, bangunan di pusat komersil di Jalan Salim dan Tun Ahmad Zaidi Adruce dan kesemuanya sedang dalam proses pembinaan.

Advertisement